Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PUNB Minta MAHB Kaji...

SEPANG - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meminta Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB)...

Tiada Calon MB Dikemukakan...

IPOH - Tiada calon Menteri Besar Perak yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH).Pengerusi...

Aksi Persahabatan Malaysia Bertemu...

KUALA LUMPUR - Perlawanan persahabatan antara skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan dengan...

Pekerja Kontrak Didakwa Siram...

PETALING JAYA - Seorang pekerja kontrak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

2,000 Pelajar Bakal Terima Surat Tawaran Lanjut Pelajaran

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengeluarkan surat tawaran kepada kira-kira 2,000 pelajar bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam dan luar negara, mulai minggu ini.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataaan Jumaat berkata pemilihan di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC) itu melibatkan pembiayaan sepanjang pengajian sebanyak RM400 juta.

Beliau berkata selain pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), skim itu turut melibatkan graduan diploma yang cemerlang daripada Institusi Pendidikan Mara (IPMA).

Katanya, pelajar lepasan SPM yang berkenaan juga akan mengikuti kursus persediaan atau prauniversiti yang tertentu di kolej terpilih selama satu hingga dua tahun.


“Pemilihan muktamad ke luar negara akan bergantung kepada prestasi pelajar serta kejayaan mendapat tempat di universiti terbaik dunia tertentu serta beberapa syarat lain,” katanya.

Beliau berkata surat rasmi akan disampaikan pada minggu depan dalam majlis yang sedang diatur mengikut zon. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori