Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Malindo Air Mulakan Penerbangan...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air memulakan penerbangan dari Ipoh,...

CEO Kumpulan Astro Umum...

KUALA LUMPUR – Astro Malaysia Holdings Bhd. Group hari ini mengumumkan peletakan jawatan...

Senarai Hitam Peminjam PTPTN...

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan terdahulu menyenarai hitam peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi...

Dua Remaja 16 Tahun...

DUNGUN - Kegembiraan dua remaja lelaki berusia 16 tahun dapat berkelah di Air...

Penumpang GrabCar Cedera Dibaling Batu Oleh Pemandu Teksi

NAMPAKNYA ketegangan antara pengusaha teksi berdaftar dan pemandu Uber serta GrabCar masih belum reda.

Terbaharu, aduan yang dibuat oleh seorang netizen berhubung sikap pemandu teksi telah mendapat perhatian ramai.

Pengguna Facebook yang menggunakan akaun Neil Iskandar, menceritakan peristiwa dia ‘diserang’ oleh pemandu teksi sewaktu berada dalam kereta seorang pemandu GrabCar di KLCC, baru-baru ini.

Selama ini hanya dengar berita je, namun sekarang aku dah merasainya. Di KLCC.. patut ke mereka (pemandu teksi) melakukan keganasan macam ni kepada pemandu GrabCar? Bodoh lagi tidak berakal punya pemandu teksi.

“Hey batu tu hampir kena saya, kaca hampir masuk mata saya, ko nak bayar ke jika apa-apa berlaku terhadap saya?

teksi4

“Aku doakan yang baling batu macam sial tu tujuh keturunan hidup melarat.. Come on la.. Kita cari rezeki. Jgn dengki,” tulisnya.


Menurut Neil Iskandar, dia yang cedera akibat serpihan batu itu turut berasa simpati kepada pemandu GrabCar namun, pemandu itu dilihat lebih mengutamakan keselamatan penumpangnya.

“Seriously I’m bleeding tapi hati ni lagi sakit.. Im pity to the GrabCar driver ni.. He tetap cool.. And tak risau pasal kenderaan dia.. Dia risaukan me yang bleeding ni.

“Ni lah patut dicontohi oleh pemandu taxi, uber ataupun grabcar.. Utamakan penumpang,” tambahnya.

Netizen di media sosial meminta agar mangsa segera membuat laporan polis dan rata-rata berharap agar pemandu teksi itu menerima hukuman yang setimpal atas perlakuan tidak bermoralnya.  – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori