Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRU14: 5 Fitnah Pakatan...

PAKATAN Harapan menyebar berita palsu lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), termasuk...

Rihanna Kembali Bercinta Dengan...

PENYANYI Rihanna dilaporkan kembali bercinta dengan rapper Drake, menurut sumber yang rapat dengan...

Raja Muda Selangor Sertai...

VIRAL menerusi laman mikro Twitter Kementerian Pertahanan Malaysia menunjukkan beberapa keping gambar eksklusif...

Gempa: 17 Masih Hilang...

RANAU - Empat belas pendaki Gunung Kinabalu dan tiga malim gunung dilaporkan hilang...

Trump Kecam Clinton, Cruz Menjelang Pemilihan Indiana

WASHINGTON – Calon presiden daripada parti Republikan, Donald Trump, menyelar keras pencabarnya, Ted Cruz dan calon Demokrat, Hillary Clinton, dua hari menjelang pemilihan di Indiana yang dikatakan akan menentukan pemenang pencalonan partinya.

Tinjauan pendapat baru menjelang pengundian pada Selasa meletakkan beliau jauh meninggalkan Cruz, yang berharap negeri di Midwest itu akan bertindak sebagai penghalang Trump.

Bercakap kepada ‘Fox News Sunday’, Trump memberi tumpuan mengecam Clinton, menggandakan kenyataannya yang dikritik ramai bahawa calon Demokrat itu menarik perhatian pengundian atas dasar jantinanya.

“Beliau melakukan kerja yang teruk malah wanita sendiri tidak menyukainya. Namun ia tarikan seorang wanita dan beliau menggunakannya.

“Saya akan memberitahu anda dalam enam bulan sama ada Clinton boleh melakukannya dengan baik tetapi saya tidak fikir begitu.

Jika beliau bukan wanita, beliau tiada dalam persaingan ini,” katanya. Cliton menyangkal kenyataan itu di saluran CNN.


“Saya sudah banyak pengalaman berurusan dengan lelaki yang kadang-kadang tidak tahu cara bersikap dan bercakap dengan baik.

“Keadaan itu amat mengganggu,” katanya. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori