Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Presiden Tajikistan Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR - Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon telah mengirim perutusan tahniah kepada Yang...

Selangor Mahu Peranan Lebih...

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan...

Bersatu Desak DAP Nyata...

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak agar kepimpinan DAP mengeluarkan...

Bekas Komando Disyaki Hilang...

KLUANG – Warga emas yang juga bekas anggota pasukan Gerup Gerak Khas (GGK)...

Penduduk Temerloh Tunai Solat Istiqa’ Mohon Hujan

TEMERLOH – Seramai 80 penduduk dari tiga buah kampung di Mukim Seberang Temerloh mengambil inisiatif mengadakan solat sunat Istisqa’ di beting pasir Sungai Temerloh hari ini berikutan keadaan air sungai itu yang semakin cetek.

Solat sunat dua rakaat bagi memohon hujan itu diadakan di hadapan papan

tanda Temerloh pada pukul 10.30 pagi tadi dengan diimamkan oleh Timbalan Kadi Daerah Temerloh, Ustaz Mohd Amin Abd Muttalib.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata penduduk dari Kampung Tebal, Kampung Bangau Parit dan Kampung Tenggala bersepakat mengadakan solat sunat itu setelah terkesan dengan fenomena El Nino.

“Temerloh merupakan antara daerah yang menerima kesan yang paling teruk sejak fenomena El Nino melanda negara tiga bulan lepas. Bukan sahaja penduduk, malah hidupan air juga terjejas apabila suhu di daerah ini mencecah sehingga 37 darjah Celcius.

“Jadi inisiatif yang dilakukan oleh penduduk Mukim Seberang Temerloh untuk memohon hujan ini wajar dipuji,” katanya kepada pemberita selepas menyertai solat sunat Istisqa’ di Kampung Bangau Parit di sini.

Kira-kira empat jam sejurus solat sunat itu, hujan mulai turun lebat di beberapa kawasan di daerah ini.

Sementara itu, Ustaz Mohd Amin berkata Nabi Mohamad SAW juga pernah menunaikan solat sunat berkenaan di zaman baginda untuk meminta hujan semasa berlakunya kemarau.


“Ini adalah usaha kita sebagai hamba, memohon kepada ALLAH SWT supaya meringankan dugaan kemarau panjang dan meminta supaya musibah itu dijauhi serta kembali kepada situasi biasa,” katanya.

Pengerusi Masjid Mukim Seberang Temerloh, Muttalib Bidin, 64, pula berkata penduduk dari tiga buah kampung bersepakat mengadakan solat sunat itu setelah musibah kemarau kali ini menjejaskan kehidupan harian penduduk.

“Keadaan kemarau kali ini lebih teruk berbanding 1968 sehingga bukan sahaja Sungai Pahang hampir kering, tetapi kawasan paya turut kering-kontang.

“Keadaan itu menyebabkan ramai pengusaha ikan sangkar di Sungai Pahang terjejas, malah bekalan air ke rumah penduduk dan premis perniagaan turut terganggu.

Jadi kami bersepakat mengadakan solat sunat ini agar diturunkan hujan dan dijauhi daripada malapetaka,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • solat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori