PEMAIN pertahanan Chelsea, Willian dikesan memperlekeh dan mengejek penyokong Totthenham Hotspurs ketika pasukan lawannya itu mendahului 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam.
Willian yang bengang dengan jeritan dan sokongan penonton terhadap pihak lawan, kemudiannya telah memprovok dengan menunjukkan lencana emas yang diraih pasukan The Blues ketika memenangi takhta liga pada musim terdahulu yang terdapat di lengan jersinya.
Namun, tindakan provokasinya itu tidak dapat membawa apa-apa manfaat buat Willian apabila Chelsea akhirnya disahkan sekadar berpuas hati di tangga kesembilan liga selepas Leicester City mengondol kejuaraan untuk musim kali ini.
Kejuaraan yang dimenangi Leicester City nyata mengejutkan semua peminat Liga Perdana Inggeris ketika mereka diumumkan sebagai pemenang memandangkan pasukan itu sering digelar pasukan underdog dalam liga bola sepak popular dunia itu. – MYNEWSHUB.CC