Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Ambil Mudah Penubuhan...

SEPANG - Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu oleh...

Suami Isteri Didakwa Kemukakan...

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari...

Gadis ‘Peluk’ Kpop Hadiri...

KEMATIAN vokalis kumpulan K-Pop popular Shinee, Jonghyun akibat bunuh diri nampaknya memberikan impak...

Honda Malaysia Panggil Balik...

SEBANYAK 28,399 model kenderaan Honda di Malaysia yang dikeluarkan pada 2013 dipanggil balik...

‘Sekejap Ada Harga Sekejap Tiada’

Seri Kembangan – Ada kemungkinan peniaga pasar menggunakan khidmat tonto berikutan mereka dikesan hanya meletakkan tanda harga barangan dijual sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Ini terbukti apabila ada antara peniaga menerima panggilan telefon ‘amaran’ sejurus anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) Selangor muncul di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, di sini, semalam.

Seramai 10 peniaga dikesan gagal meletakkan tanda harga bagi barangan dijual kepada pelanggan biarpun menyedari ia kesalahan serius.

Peniaga terbabit dikesan menggunakan taktik tanda harga ‘sekejap ada sekejap tiada’ apabila hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan dilakukan.

Operasi bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari itu membabitkan 45 pegawai dan anggota bahagian penguat kuasa dan anggota penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Lim berkata, dia menerima panggilan telefon daripada majikan mengarahkannya meletakkan tanda harga pada setiap jenis barang dijual.

“Boss telefon bagi tahu letak tanda harga. Saya buat apa dia cakap, saya tak tahu apa-apa.


“Selalunya saya tak letak tanda harga. Saya bagi tahu harga guna mulut,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Yusof Bakar berkata, 10 premis dikesan melakukan kesalahan dan disiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972.

Beliau berkata, enam peniaga turut dikenakan tindakan kerana menggunakan peralatan timbang dan sukat tidak disahkan bahagian penguatkuasa.

“Semua mereka dikenakan kompaun antara RM200 hingga RM300.

“Sekiranya gagal membayar denda, tindakan mahkamah akan diambil terhadap peniaga,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori