Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemuda Mengaku Salah Rogol...

KOTA KINABALU - Seorang pemuda berusia 19 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen...

Nelayan 75-80 Tahun Kini...

SEBUYAU - Keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat sekali lagi terserlah apabila...

Yu Paus Ditemui Tersangkut...

MELAKA - Seekor yu paus spesis 'Rhincodon Typus' seberat kira-kira satu tan ditemui...

Laporan Tahunan AirAsia X...

KUALA LUMPUR - Laporan Tahunan AirAsia X Bhd. 2016 memenangi kategori Terbaik Malaysia...

22 Korban Tanah Runtuh, 17 Masih Hilang

BEIJING – Jumlah korban tanah runtuh yang melanda stesen janakuasa hidro di wilayah Fujian, selatan China, kini meningkat kepada 22 orang dengan 17 masih hilang.

Menurut laporan agensi berita rasmi China, Xinhua, tanah runtuh akibat hujan lebat semalam, melanda stesen janakuasa yang dalam pembinaan itu dan sehingga tengah hari tadi, 22 mayat sudah ditemui.

Bagaimanapun, hujan lebat berterusan menyukarkan kerja mencari dalam menyelamat membabitkan lebih 600 anggota penyelamat, termasuk anggota bomba dan polis.

Tanah runtuh itu juga menghalang jalan ke tapak pembinaan stesen berkenaan menyebabkan jentera berat tidak boleh dibawa masuk. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori