Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Op Selamat 7/2015 Catat...

KUALA LUMPUR - Op Selamat 7/2015 selama 15 hari bermula 10 Julai lepas...

Pergeseran Isu Cukai Pelancongan...

PUTRAJAYA - Pergeseran antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul...

4 Remaja Ditahan Kerana...

Kangar : Empat remaja lelaki direman sehingga 18 Oktober ini bagi membantu siasatan...

Pengurus Ladang Dilepas Tuduhan...

KUALA KANGSAR - Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini melepas dan membebaskan seorang...

4 Individu Hilang Di Perairan Kudat Ditemui Selamat

KOTA KINABALU – Empat individu yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Pulau Balambangan, Kudat, pada 2 Mei lepas ditemui selamat, kata Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Mohd Zubil Mat Son.

Mohd Zubil berkata kesemua mangsa ditemui berada di sebuah bot milik nelayan Vietnam di perairan Pulau Amboyna Cay berhampiran sempadan Malaysia-Vietnam, kira-kira 240 batu nautika dari perairan Kudat.

Beliau berkata pasukan keselamatan telah menuju ke lokasi di mana bot itu dikesan untuk mengambil individu terbabit.

“Mereka selamat. Jika semua berjalan lancar, esok pagi (mereka) akan dibawa ke Kota Kinabalu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata kedudukan keempat-empat mangsa berjaya dikesan selepas kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan yang menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia, kira-kira 150 batu nautika dari Labuan.

Mohd Zubil berkata ketika pemeriksaan dibuat, tekong bot telah menghubungi rakannya melalui radio memaklumkan mereka telah ditahan APMM dengan menyebut perkataan ‘Malaysia, Malaysia’.

Kemudian, anggota APMM terdengar panggilan itu dijawab seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Armella (Ali Hassan), salah seorang mangsa yang dilaporkan hilang 10 hari lepas, dan memberitahu dia berada di atas bot nelayan dalam keadaan selamat.

Mengulas lanjut, Mohd Zubil berkata siasatan berhubung kejadian itu akan dibuat setelah kesemua mangsa selamat sampai di Kota Kinabalu.


Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau berkata pasukan APMM telah memindahkan keempat-empat mangsa dari bot nelayan Vietnam itu ke atas kapal KM Bestari pada pukul 6 petang tadi untuk dibawa pulang.

Dalam pada itu, Mohd Zubil turut melahirkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama pasukan keselamatan lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penerbangan Awam dan Pasukan Polis Marin serta Persatuan Nelayan Kudat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa.

Dalam insiden lewat petang 2 Mei lalu, empat individu yang dilaporkan hilang itu ialah pasangan suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun, warga China yang juga pemilik resort di Tanjung Simpang Mengayau, Lam Wai Yin Tommy, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella, 23.

Semua mangsa sepatutnya tiba di Tanjung Simpang Mengayau pada pukul 8 malam hari yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori