PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa empat mangsa yang terdiri daripada dua pelancong Sepanyol, satu warga China dan satu warga tempatan yang dilaporkan hilang sejak 3 Mei 2016 telah selamat dijumpai di perairan Vietnam pada 12 Mei 2016 jam 8.30 pagi.
Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat.
Semua mangsa dijangka akan tiba di Kota Kinabalu pada awal pagi 13 Mei 2016 dan akan diketemukan semula dengan keluarga masing-masing.
Kementerian Luar Negeri juga ingin mengucapkan penghargaan terhadap semua pihak yang terlibat terutamanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam usaha mencari dan menyelamat ini. – BERNAMA
Sumber : Kementerian Luar Negeri