Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dalam Ranking Sedunia, Di...

SETIAP tahun, ranking universiti-universiti di seluruh dunia yang dikeluarkan akan mendapat perhatian ramai...

Ibu Rayu Sumbangan Bantu...

SIK - Seorang ibu dari Kampung Lubok Tualang, di sini, Noriza Man, 45,...

Sabah Juara Sulung Ragbi...

IPOH - Kemenangan pasukan ragbi 7-sebelah wanita Sabah pada temasya Sukan Malaysia (Sukma)...

300 Bantah Pengarah Sekolah...

Bangkok - Kira-kira 300 pelajar berkumpul di pekarangan Sekolah Satriwitthaya 2 untuk membantah...

4 Militan Maut Dalam Serbuan Berhampiran Makkah

RIYADH – Polis Arab Saudi menembak dua suspek militan manakala dua lagi meletupkan diri mereka ketika satu serbuan berhampiran Makkah semalam, menurut Kementerian Dalam Negeri.

“Pengganas mula menembak ke arah pasukan keselamatan…menjurus kepada kematian dua suspek sementara yang lain membunuh diri dengan meletupkan diri menggunakan tali pinggang bom,” kata jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan.

Polis mengepung tempat persembunyian suspek antara Makkah dan pusat pelancongan pergunungan di Taif, kira-kira 80 kilometer ke timur, pagi semalam, apabila insiden berbalas tembakan berlaku.

Jurucakap itu berkata, satu serbuan serentak berlaku di tempat persembunyian di bandar Laut Merah di Jeddah di mana dua orang ditahan dan disiasat atas pembabitan dalam sel pengganas.

“Operasi keselamatan masih dijalankan. Bahan letupan dikeluarkan dan kawasan itu diawasi. Tali pinggang bom, bahan letupan dan senjata di lokasi pertama sudah diuruskan,” kata jurucakap.


Serbuan itu adalah sebahagian pengawasan dan susulan tindakan termasuk apa yang berlaku di Bisha pada Jumaat lalu.

Ketika itu, dua suspek maut ketika berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan yang menggagalkan serangan bom kereta di Bisha, barat daya rantau Aseer. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori