Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Operasi SAR Polis &...

DUNGUN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota polis dan seorang suspek...

Tiada Rumah Terbuka Hari...

JOHOR BAHRU - Keluarga kerabat diraja Johor tidak akan meraikan sambutan Hari Raya...

Himpunan Gambar Tahun Baharu...

PERAYAAN Tahun Baharu merupakan satu sambutan yang disambut di seluruh dunia tidak kira...

Demi Elfira, Sufian Suhaimi...

BENARKAH penyanyi Sufian Suhaimi didakwa meninggalkan kekasihnya hanya untuk pelakon, Elfira Loy? Itu persoalan...

4 Nelayan Ditahan Pungut Kepah Tanpa Permit

GEORGETOWN – Empat nelayan tempatan yang menggunakan dua bot pukat hanyut untuk memungut kepah secara haram ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang hari ini.

Pengarah Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kamaruszaman Abu Hassan berkata bot peronda APMM yang menjalankan rondaan mengesan dua bot itu di kedudukan 3.9 batu nautika selatan Pulau Aman, dekat sini pada pukul 6.50 pagi.

“Semasa ditahan empat nelayan berusia 36 hingga 51 tahun itu dalam keadaan tenang kerana menyangka ia hanyalah pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh anggota APMM Pulau Pinang.

“Selepas diperiksa, kedua-dua buah bot dari Jeti Nelayan Sungai Udang, Nibong Tebal itu tidak mempunyai permit sah daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk memungut kepah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata empat nelayan dan dua bot yang ditahan itu kemudiannya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk siasatan lanjut.


Kamaruszaman berkata pihaknya turut merampas hasil tangkapan kepah seberat 300 kilogram yang terdapat dalam dua buah bot berkenaan.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana memungut kepah tanpa permit yang sah.

“Kami akan terus mempertingkatkan pemantauan sebarang aktiviti perikanan yang melanggar undang-undang kerana jika perkara seperti ini tidak dibendung ia akan merosakkan ekosistem perikanan di negara kita,” katanya.

Sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Pulau Pinang di talian 04-2626146, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori