Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kaedah Pam Bergerak Atasi...

KOTA BHARU: Masalah banjir termenung yang melanda di beberapa lokasi di negeri ini...

Infografik Palsu Fitnah Ketua...

GEORGETOWN - Satu laporan polis dibuat terhadap infografik yang didakwa mengandungi kenyataan berbaur...

Darah Bekam Rasulullah Dipamerkan...

STESEN televisyen AlHijrah mengadakan satu pameran eksklusif, Artifak Rasulullah & Sahabat memaparkan barangan...

Video: Kejam… Jerung Paus...

VIDEO ini memaparkan detik mengerikan apabila seekor ikan jerung paus gergasi disembelih dan...

Empat Polis Perancis Maut Nahas Helikopter

TARBES – Empat pegawai polis Perancis maut apabila helikopter mereka terhempas di Pyrenees, kemalangan terburuk seumpama itu dalam tempoh beberapa tahun.

Nahas berlaku pada ketinggian antara 2,000 dan 3,000 meter berhampiran Vignemale, puncak tertinggi pergunungan di wilayah Perancis yang bersempadan dengan Sepanyol.

Mangsa, semuanya berusia 40-an, termasuk juruterbang, pembantunya dan dua pakar penyelamat pergunungan yang terbabit dalam latihan.

Pendakwa raya Tarbes, Eric Serfass, yang mengumumkan siasatan terhadap kemalangan itu, berkata walaupun cuaca baik ketika nahas, terbang pada ketinggian berkenaan amat sukar.


Nahas helikopter polis terakhir di Perancis berlaku pada 1997, juga di Pyrenees, apabila ia terhempas, menyebabkan dua maut.

Pada 2009, helikopter membawa wanita hamil di Corsica terhempas sejurus selepas beliau bersalin di udara, mengorbankan ibu dan bayinya, doktor dan dua kru. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori