Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KKM Manfaat Bajet 2023...

JEMPOL: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memanfaatkan RM420 juta daripada peruntukan diagihkan bagi sektor...

Kajian Durex: Rakyat China...

LONDON – Kajian terbaharu firma penyelidik antarabangsa AlterNet dan pengeluar kondom terbesar dunia,...

Kisah Anak Potong Payu...

KUALA LUMPUR: Kisah benar seorang ibu tunggal dicederakan anak kandung akibat pengaruh dadah,...

Lelaki Dihukum Penjara Hampir...

AUSTIN - Seorang lelaki yang disabitkan atas jenayah kebencian kerana membakar sebuah masjid...

5 Wanita Thailand Ditahan Dalam Op Ikrar Di Alor Setar

ALOR SETAR – Imigresen Kedah menahan lima wanita warga Thailand dalam Op Ikrar yang dijalankan di sebuah premis rumah urut dua tingkat di Jalan Putra di sini, malam tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah Mohd Shahrir Khalil berkata dalam operasi yang dijalankan pada 9.15 malam itu, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap lapan wanita Thailand yang berada di dalam premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, lima wanita warga Thailand berumur antara 29 hingga 42 tahun ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar dan menyalahgunakan pas lawatan dikeluarkan.

“Semasa serbuan, ada antara wanita yang ditahan cuba meloloskan diri dengan bersembunyi di atas siling premis, namun pegawai Imigresen berjaya mengesan dan menahan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd Shahrir berkata semua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori