Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sultan Ahmad Shah Serah...

SULTAN Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang...

2 Rentung, Seorang Cedera...

MUAR - Seorang lelaki dan wanita rentung manakala seorang lagi cedera apabila kereta...

Ajal Tiga Beranak Maut...

Dungun - Tiga beranak maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan...

NGO: Fahami Penderaan Seksual...

KUALA LUMPUR - Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penderaan kanak-kanak sangat penting...

6 Pekerja Terbunuh Selepas Kilang Mercun Meletup

Suphan Buri – Enam pekerja warga Myanmar maut kelmarin selepas sebuah rumah yang dijadikan kilang membuat mercun secara haram meletup, kata polis.

Letupan kuat berlaku kira-kira jam 9 malam (waktu tempatan) di sebuah rumah berhampiran Khlong 19 di Plabplachai di daerah U Thong.

Polis yang tiba di lokasi kejadian hanya melihat sisa runtuhan rumah bersama cebisan mayat mangsa yang bertaburan.

Mangsa yang terbunuh dipercayai empat lelaki dan dua wanita yang berasal dari Myanmar.

Jurucakap polis, Sayam Suanin berkata, pekerja berkenaan dipercayai sedang membuat mercun yang besar sebelum ia tiba-tiba meletup.


Katanya, polis juga sudah mengenal pasti pemilik kilang haram itu yang dipercayai menjual mercun berkenaan kepada petani untuk menghalau haiwan.

“Kami sukar mengenal pasti mangsa kerana sudah rentung dan berkecai,” katanya.

Mercun yang dibuat secara haram popular di Thailand kerana sering digunakan petani untuk menghalau haiwan perosak dan ketika menyambut perayaan. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori