SEJAK semalam, babak panas antara Amar Baharin dan Tiz Zaqyah dalam drama Akadku Yang Terakhir yang ditayangkan di Astro viral di laman sosial.
Adegan panas antara watak Irham Zahri yang cuba merogol isterinya Rania di atas katil menjadi buah mulut netizen dan peminat drama berkenaan.
Jika sebelum ini ramai yang memuji gandingan Amar dan Tiz, namun selepas tersebarnya aksi panas itu, pujian yang diberikan bertukar menjadi cacian.
Rata-rata berpendapat bahawa adegan tersebut sebagai melampau dan boleh mengundang persepsi negatif terutamanya dalam kalangan penonton bawah umur.
“Bagus scene ni kene cut, x elok ditontonkon kepada umum, apa bodo sgt producer ni xleh pikir, ramai budak2 tgok yg dah pangkat atok nenek pon tgk gak cter ni, bole ade scene mcm ni plak, igt filem lucah ke?” tulis dxzx.co.
Manakala ini pula komen daripada bbycumil, “no wonder skrg byk kes rogol and gejala sosial..drama tv pun dh berani tunjuk aksi mcm ni..sesetangah artis kt media sosial plk tunjuk aksi peluk2 laga pipi dgn couple..haih patut la bdk2 skrg teruk.” -MYNEWSHUB.CC
Irham @amarbaharin great job..bru hidup watak tu…hahaha #jgnkecamirham #Akadkuyangterakhir pic.twitter.com/MTncTL8Cmb
 ZA (@Zue_Adnan) May 23, 2016