ADIK perempuan kepada gadis yang maut bunuh diri, P. Thirptisonia meminta netizen berhenti daripada menyiarkan gambar ngeri kakaknya terjun dari tingkat 16 apartmen di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.
P. Darshwini, 21; maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala namun gambar kematiannya tersebar luas menerusi laman sosial dan aplikasi perbualan WhatsApp.
VIDEO: BF Nafi Minta Foto Bogel Gadis Cantik Bunuh Diri
P. Thirptisonia menulis di laman Facebook, “Tolong berhenti menyebarkan khabar angin mengenai kematian kakak saya. Tiada adik yang mahu melihat gambar kematian kakaknya di sana sini. Tolong hentikannya! Terima kasih.”
“Tolong berhenti sebar cerita palsu dan khabar angin mengenai dirinya. Sebaliknya sila berdoa untuk dirinya untuk berehat dengan aman. Itulah kurangnya anda semua boleh lakukan untuk malaikat cantik saya,” tulisnya lagi.
Sementara itu mengulas mengenai sebuah rakaman yang dikatakan video Darshwini terjun itu terbukti palsu, Thirptisonia berkata ia memang langsung tidak ada kena mengena dengan kakaknya.
Hal itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.
“Ia satu kejadian di China dan mangsa adalah seorang lelaki.
“Siasatan menunjukkan Darshwini jatuh dari sebuah apartmen dan bukan dari atas bumbung,” katanya. – MYNEWSHUB.CC