Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ibu Elfira Terus Sindir...

MAKIN panas, bukan panas cuaca tapi panas dengan kontroversi apabila ibu Elfira Loy...

Khemah Mina Berlantai Jubin...

MAKKAH - Selepas pendingin hawa untuk khemah di Arafah, satu lagi berita baik...

Cabaran Menunggu Selepas Angkat...

KUALA LUMPUR - Dua belas hari selepas rakyat Malaysia memberi mandat kepada Pakatan...

Kerajaan Setuju Seragam Gred...

KUALA LUMPUR - Kerajaan setuju untuk menyeragamkan kenaikan gred Malaysian University English Test...

Profesor British Tolak Anugerah Israel, RM1.2 Juta

LONDON – Ahli akademik British menolak anugerah berprestij Israel dan hadiah wang tunai AS$300,000 (RM1.2 juta) atas alasan ‘politik’ dalam apa yang dilihat sebagai petanda terbaharu Barat memulaukan negara Yahudi itu.

Profesor sejarah dari Universiti Kolej London (UCL), Catherine Hall, sepatutnya menerima satu pertiga daripada hadiah bernilai AS$1 juta (RM4.06 juta) daripada Yayasan The Dan David, bagi usahanya mengenai “impak ke atas sejarah sosial, sebagai peneraju dalam sejarah jantina, keturunan dan perhambaan”.

Hall, bagaimanapun enggan menghadiri majlis penganugerahan itu di Tel Aviv, pada Ahad, dengan berkata penolakan beliau adalah “pilihan politik bebas” selepas terbabit dalam banyak perbincangan mengenai konflik Israel-Palestin.

Pendirian beliau kelihatan dipengaruhi pergerakan Pemulauan, Perlucutan dan Sekatan (BDS), yang disertai ramai ahli akademik terkemuka Britain sejak 2005.

Dalam kenyataan kepada Jawatankuasa Britain bagi Universiti Palestin, kumpulan pro-BDS, Hall mengumumkan beliau menarik diri daripada acara itu selepas banyak perbincangan dengan mereka yang terbabit dengan politik Israel-Palestin, tetapi berbeza pandangan mengenai cara bertindak terbaik.


Yayasan berkenaan menyatakan, Hall pada awalnya menerima anugerah itu dengan gembira apabila dipilih Februari lalu dan kemudian meminta namanya digugurkan tanpa memberi alasan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori