Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Respon Segera Fakta Kritikan...

KUALA LUMPUR - Jentera UMNO di seluruh negara perlu bertindak segera dan bijak...

LTTE: Kes Penghantar Surat...

KUALA LUMPUR - Kes penghantar surat yang didakwa atas dua pertuduhan menyokong dan...

25 Jun Keputusan Kes...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 Jun ini untuk keputusan...

Operasi Penerbangan Di ISGIA...

KUALA LUMPUR - Keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA) dan...

Ahli Perniagaan Warga Iran Didakwa Tanam Ganja

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Iran hari ini minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menanam pokok ganja di sebuah kondominium, bulan lepas.

Sharif Kazem Ahmad, 33, didakwa menanam lapan tumbuhan berdaun hijau setinggi 129.5 sm yang disyaki pokok ganja.

Tertuduh, seorang ahli perniagaan didakwa melakukan kesalahan itu di Blok A-5-6 Villa Kondominium Laman Tasik, Jalan Sri Permaisuri, di sini kira-kira pukul 6.40 petang, 27 April tahun ini.

Pertuduhan ke atasnya di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 membawa hukuman penjara seumur hidup dan minimum enam sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan tinggal di negara ini melebihi masa selepas pas lawatan sosialnya tamat pada 27 April lepas.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1950/63 (Pindaan 2002) boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta yang sama, dengan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara minimum selama lima tahun, atau kedua-duanya.


Hakim Hasbi Hassan menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan kes sementara menunggu laporan ahli kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhafiza Rajuni manakala tertuduh diwakili peguam Datuk N.Sivananthan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ganja

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori