Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Mayat Lelaki Dikelar Sabit

JERANTUT - Seorang lelaki dibunuh kejam apabila lehernya dikelar dengan sabit di ladang...

Salah Faham Isu Beri...

KANGAR - Masyarakat didakwa khilaf dalam memahami pemberian wang zakat kepada golongan bukan...

Program ‘Labbaikallah’ Bawa Penonton...

KUALA LUMPUR - Sempena kedatangan musim haji, TV AlHijrah selaku stesen penyiaran kandungan...

Usah Ragu-Ragu Status Haji...

MAKKAH - Sebilangan jemaah haji wanita didapati masih keliru dengan status sah haji...

Airin Lupakan Keseronokan Sekolah Akibat Ketumbuhan

IPOH – Pada usia sembilan tahun, Airin Mohd Faizal sepatutnya seronok bermain dan bersekolah seperti kanak-kanak lain, namun penyakit kanser yang dihidapinya sejak lahir memaksanya berehat buat sementara.

Airin yang menghidap kanser pada bahagian kaki kiri dinasihatkan doktor berehat selama setahun di rumah setelah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dipanggil ‘fibrosarcoma’.

Bercita-cita ingin menjadi seorang doktor, pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Ampang di sini berkata dia tidak sesekali pernah berputus asa bergelut melawan penyakitnya.

“Walaupun mungkin kaki saya terpaksa dipotong kerana ketumbuhan, namun saya tidak putus asa, sebaliknya tetap terus kuatkan semangat.

“Terima kasih kepada ibu bapa, keluarga yang tidak jemu memberi semangat dan sokongan.

“Begitu juga penderma yang memberi sumbangan bagi membolehkan saya menjalani pembedahan dan rawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini semalam.

Airin sebelum itu dikunjungi kakitangan Hospital Kanser Fuda di Guangzhou, China diketuai pengasasnya Profesor Xu Kecheng tempat dia menjalani pembedahan 1 April lalu.

Sementara itu, Mohd Faizal Yusoff, 41, berkata ketumbuhan di kaki anak bongsunya itu dikesan ketika beliau dan isteri Azlin Zamri, 44, membawa Airin ke beberapa buah hospital dalam negara untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, mereka sekeluarga menemui jalan buntu apabila penyakit Airin tidak juga sembuh, sebaliknya ketumbuhan yang ada bertambah teruk sejak tahun lepas.


Akhirnya Mohd Faizal menemui penyelesaian apabila mendapat maklumat tentang Hospital Kanser Fuda menerusi carian di internet seterusnya membawa Airin ke hospital berkenaan pada 23 Mac lalu.

Pada 1 April, ketumbuhan di kaki kiri Airin seberat 3.9 kilogram berjaya dibuang oleh sekumpulan doktor bedah diketuai Naib Presiden hospital berkenaan Dr Mu Feng.

“Selepas tiga minggu di hospital berkenaan, Airin pulang ke tanah air dan sekarang keadaan dia beransur pulih serta telah mampu berdiri sendiri.

“Berkemungkinan Airin akan menjalani pembedahan kecil pada bahagian lutut kiri awal Jun ini di hospital sama bagi membolehkannya berjalan seperti sedia kala.

“Tetapi, jika dia beransur pulih, tiada pembedahan diperlukan,” kata Mohd Faizal.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori