Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

KKM Siasat Aduan Produk...

KOTA TINGGI - Kementerian Kesihatan sedang menyiasat aduan produk madu yang diimport dari...

Selangor Buat Bengkel Bincang...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan bengkel khas awal tahun depan...

Anak Pengasas Huawei Ditahan

VANCOUVER, Kanada - Anak perempuan pengasas gergasi teknologi China, Huawei ditangkap di Kanada...

Sukan Asia 2018: “Maafkan...

KUALA LUMPUR - Wakil tunggal Malaysia dalam acara basikal lasak, Noor Quraataina Mamat,...

Aksi Murid Pegang Senjata, Tadika Ajar Daesh Dipantau Polis

KUALA LUMPUR – Sebuah tadika di pinggir ibu negara dipantau pihak polis susulan kegiatan berunsur ala militan Daesh setelah ia menjadi perhatian ramai netizen apabila memuat naik satu gambar sensasi menerusi media sosial.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail, foto-foto menunjukkan sekumpulan kanak-kanak memegang sejata api mainan serta berpakaian seperti tentera menjadi viral namun pada masa sama mencetuskan kebimbangan ramai.

Tadika Hidayah Bestari, yang terletak di Bandar Sri Damansara, sudah mula dipantau pihak polis sejak tahun lalu, lapor akhbar tersebut yang memetik Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau malah mengesahkan perkara tersebut ketika ditanya akhbar berkenaan sebagai mengulas kesahihan gambar-gambar yang dikongsi oleh seorang peguam hanya dikenali Siti Kassim, mulai tersebar di laman sosial tempatan.

“Kami menyiasat sekolah itu sejak tahun lalu. Jika kami dapat kumpul bukti mencukupi yang menunjukkan ideologi-ideologi (militan) sedemikian diajar kepada kanak-kanak, kami akan bertindak,” kata Mohamad Fuzi.

Beliau menambah bahawa tadika-tadika di seluruh Malaysia turut dipantau bagi memastikan institusi prasekolah itu tidak dijadikan sebagai pusat markas latihan tentera kanak-kanak, lapor portal tempatan Free Malaysia Today.

Siasatan mendedahkan bahawa beberapa guru tadika, salah seorang daripada mereka bekerja di tadika berkenaan dan yang dipaparkan dalam foto tersebut, bertindak memuat naik gambar-gambar itu ke laman Instagram mereka.

Salah satu daripada gambar berkenaan pula menunjukkan mereka kelihatan memakai jubah dan tudung serta memegang panji menyerupai bendera rasmi Palestin, menurut laman tersebut lagi.

tadika1

Menurut Siti lagi, guru terbabit pernah menuntut di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) di Terengganu dan institusi tersebut didakwa konon cawangan kumpulan militan serantau Jemaah Islamiyah.


Setelah gambar-gambar itu tersebar, para pengguna media sosial menyuarakan kebimbangan mereka dan menggesa pihak berkuasa menyiasat kurikulum yang diajar di tadika berkenaan, lapor agensi berita MediaCorp Singapura.

Namun, Pengetua Tadika Hidaya Bestari, yang enggan mendedahkan namanya mempertahankan aksi murid-murid di dalam gambar itu sambil berkata mereka hanya memakai pakaian tentera dan memegang senjata api mainan.

Kebetulan mereka mengambil bahagian dalam lakonan tentang konflik Israel-Palestin. Lakonan itu diadakan pada 2014 lalu dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

Organisasi itu memang dikenali mengumpulkan dana bagi membantu mangsa perang di Palestin dan Syria. Beliau menambah bahawa guru dalam gambar dimuat naik ke Instagram itu sudah berhenti kerja sejak Februari lalu.

Bagaimanapun menurut laman tadika tersebut, yang kini didapati kurang aktif, institusi prasekolah persendrian itu mengajar pelbagai subjek Islam sebagai ‘cara kehidupan’ dan menyifatkannya sebagai ‘sekolah aliran Islam’.

Pada Januari lalu, Mohamad Fuzi berkata polis berjaya menumpaskan usaha menubuhkan sebuah pusat latihan kumpulan pengganas kanak-kanak di negara ini oleh kumpulan militan Daesh. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori