Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Seorang Penagih Dadah Ditahan,...

SEREMBAN - Polis menahan seorang penagih dadah dan merampas tiga 'pump gun' dalam...

Mahathir Putar Belit Fakta...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memutar...

Mesej Antonio Conte Buat...

DIEGO Costa mengakui bengang selepas Antonio Conte memberitahu apa yang perlu dilakukannya pada...

Seludup Syabu RM3.36 Juta...

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 100 kilogram dadah...

Akta Khusus Untuk AKSEM Tingkat Kawalan Keselamatan Akan Diwujud

BUKIT KAYU HITAM – Satu akta khusus untuk Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) bagi menguatkuasakan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand akan diwujudkan, yang dijangka dibentangkan di Parlimen penghujung tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan adanya akta baharu itu nanti ia akan memperkasakan AKSEM dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan kawalan sempadan.

“Draf awal telah disediakan penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri dan kita akan perincikan dengan Bahagian Draf Perundangan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum kita lakukan kerjasama dengan kerajaan negeri yang bersempadanan dengan Thailand sebelum dibawa ke Parlimen.

“Kita perlu dapat maklum balas kerajaan negeri dan rakyat kerana kita nak pakai undang-undang ini untuk tempoh panjang, bukannya singkat dan nanti perlu diubah suai pula,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran AKSEM di Kompleks AKSEM Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.


Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, buat sementara, AKSEM kini beroperasi secara pentadbiran berlandaskan punca kuasa Arahan Majlis Keselamatan Negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori