MENGAKUI sudah beberapa kali diletakkan dalam situasi yang sama, pelakon Amar Baharin kali ini menyangkal dakwaan yang mengatakan dia dan Amyra Rosli sudah bergelar tunang seperti yang tersebar di laman sosial.
“Untuk apa saya nak tipu kalau betul perkara itu tidak pernah berlaku. Saya pernah katakan dahulu, jika ada apa-apa khabar gembira, saya akan kongsikan bersama semua.
“Tidak kisah wanita itu Amyra ataupun orang lain. Benda baik kenapa nak disorokkan, jadi saya hanya mengharapkan doa yang baik agar dipertemukan jodoh dengan segera.
“Sebelum ini mereka kata saya dan Amyra bakal berkahwin dan kali ini sudah bertunang pula. Apa yang saya mahu katakan, jangan cepat percaya cakap-cakap orang,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Amar, dia dan Amyra memang sedang berkawan rapat kerana berada di bawah pengurusan yang sama dan tidak menolak jika Amyra merupakan jodohnya kerana dia sudah bersedia untuk menjalani kehidupan berkeluarga. – MYNEWSHUB.CC