Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Curi Pakaian Di Kompleks...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pelbagai pakaian di sebuah kompleks beli-belah, seorang penganggur...

Peserta Anti Salib Taman...

Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, peserta yang menyertai demontrasi anti...

Wartawan Dedah Shukri Abdull...

KUALA LUMPUR - Seorang wartawan sebuah akhbar yang rapat dengan Datuk Seri Mohd....

Sukan Asia: Skuad Memanah...

INCHEON - Kilauan pingat emas yang diharapkan daripada skuad memanah recurve lelaki negara...

Anggota Keluarga Kesal Khabar Angin Nahas Helikopter

KUALA KANGSAR – Anggota keluarga Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, seorang daripada yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak petang semalam, kesal dengan penyebaran khabar angin mengenai insiden itu.

Adik bongsu anggota Parlimen Kuala Kangsar itu, Wan Mohammad Khairul Fallah berkata penyebaran berita atau gambar tidak sahih amat mengganggu emosi mereka sekeluarga.

“Apapun yang berlaku terhadap abang saya, kami sekeluarga di sini menunggu berita penemuannya dengan tenang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media di Kuching pagi ini mengesahkan Mohammad Khair-il adalah antara enam penumpang pesawat Eurocopter AS350 yang hilang dari radar semalam dan ditemui serpihannya pagi ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr. Sundaran Annamalai turut berada di dalam helikopter berkenaan.


Sementara itu, Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar mengadakan majlis bacaan Yasin di Masjid Ubudiah di sini memohon keselamatan buat Wan Mohammad Khair-il.

Naib Ketua Wanita Bahagian itu, Rohaya Abd Rajak berkata sebanyak 100 anggota UMNO dan keluarga Wan Mohammad Khair-il menghadiri majlis itu pada pukul 8 pagi tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori