Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kertas Putih Vaksin COVID-19...

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan...

Curi Susu Formula &...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang termasuk susu formula bayi di...

Gempar… ‘Tetamu’ Pecah...

SUASANA cemas bercampur huru-hara melanda penghuni asrama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Taman...

Liow Harap Kerjasama Berterusan...

KUALA LUMPUR - Pihak-pihak berkepentingan dalam industri penerbangan disaran terus bekerjasama dalam mengekalkan...

Anggota Polis Bantu OKU Pulang Tarik Perhatian Ramai

BEBERAPA keping gambar yang memaparkan seorang anggota polis sedang membantu seorang lelaki kurang upaya (OKU) pulang kini tersebar menerusi laman sosial.

Menerusi gambar itu, lelaki OKU tanpa kedua-dua kaki dan tangan kiti itu dilihat membonceng motosikal bersama seorang anggota polis yang sedang membuat rondaan.

Tindakan murni anggota polis yang dikenali sebagai Koperal Ropi daripada Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur itu sekali gus mendapat pujian ramai.

Insiden itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menzahirkan rasa gembiranya dengan pertolongan yang dihulurkan oleh Koperal Ropi.

“Syabas Koperal Ropi dari Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal kerana membantu seorang lelaki kurang upaya membonceng motosikal beliau semasa sedang membuat rondaan,” tulisnya.

Sementara itu, Koperal Ropi mengakui tidak menyangka insiden itu menjadi viral.


Menurut Koperal Ropi, dia bertemu lelaki itu semasa membuat rondaan di Jalan Tun Mohd Fuad 1 pada pukul 8 malam Ahad.

“Saya bimbang kereta mungkin tidak dapat melihatnya kerana hari sudah gelap, jadi saya menawarkan diri untuk menghantarnya ke stesen bas terdekat,” katanya kepada akhbar Sin Chew Daily. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori