Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Fitnah, Tohmahan Cepat Tersebar...

SANDAKAN - Kewujudan media sosial membolehkan unsur fitnah dan tohmahan lebih pantas tersebar,...

Pegawai Daerah Comel Ini...

JAKARTA - Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tjahjo Kumolo menggantung tugas bupati atau pegawai...

Program Makanan Sekolah Jepun...

MAKANAN yang dihidangkan oleh kantin sekolah awam di negara kita selalunya berupa nasi...

Umie Aida Bela Ular...

DEMI menjayakan wataknya dalam filem Dukun, Datin Seri Umie Aida sanggup 'berkawan' dengan...

Anggota Tentera & Anak Beranak Didakwa Kerana Bunuh Seorang Lelaki

KUALA LUMPUR – Seorang anggota tentera bersama dua pasang anak beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, bulan lepas.

Ahmad Saipunizam Mohd Pirus, 35, anggota tentera, Ahmad Bohari Mohamad Noor, 51, pemandu teksi dan anaknya Muhamad Haire Ahmad Bohari, 23, pekerja sebuah pasaraya serta Atan Mad Sah, 49, dan anaknya Suhaimi Atan, 23, kedua-duanya mekanik, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh. Mahkamah menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat mangsa.

Mereka bersama-sama lima individu lain, sebagai anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang, didakwa menyebabkan kematian Liew Han Yuen, 48, di Jalan PPR Kg. Limau, Pantai Dalam antara 11.40 malam, 14 April lepas hingga 1.30 pagi, 15 April lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala peguam Mohamad Saiful Dzulhelmi Zulkifli mewakili Ahmad Bohari dan anaknya Muhamad Haire.

Ahmad Saipunizam diwakili peguam Faizal Rahman manakala Atan bersama anaknya Suhaimi tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori