Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

78 Maut, 500 Cedera...

BEIJING - Angin kencang, ribut hujan batu, hujan lebat dan puting beliung mengorbankan...

Elak Produk Tempatan, Gadis...

ZAMAN sekarang ni ramai wanita berkejar-kejar untuk menjadi putih dan cantik. Ada juga...

Taufik Batisah Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan buat pelantun lagu Awak Kat Mana, Taufik Batisah yang telah selamat...

“Buat Apa Saya Nak...

TINDAKAN pelakon, Fikry Ibrahim mengaburkan rambut Uqasha Senrose pada salah sebuah gambar yang...

Anggota UMNO Perlu Lebih Proaktif Tangani Fitnah – Adnan

KUANTAN – Anggota UMNO perlu lebih proaktif dalam menangani dan menjawab fitnah yang dilemparkan kepada parti dan pemimpin, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata jawapan segera kepada tohmahan itu perlu, agar rakyat tidak keliru, lebih-lebih bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.

“PRU tidak lama lagi. Sama ada kita akan terus memerintah adalah terpulang kepada rakyat. Jadi kita kena bantu pemimpin parti dan presiden kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam memenangi hati rakyat.

“Zaman teknologi maklumat ini fitnah terlalu banyak. Masalah kita ialah tidak menjawab dengan cepat…biar fitnah berpanjangan baharu jawab. Bila tidak jawab segera akan menimbulkan lebih banyak cerita tidak betul,” katanya.

Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sempena Karnival Sukan UMNO negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, malam tadi.

Beliau turut mengingatkan semua wakil rakyat dan ketua bahagian untuk bekerjasama termasuk berkongsi peruntukan yang diagihkan bagi menjaga kebajikan rakyat serta membantu menjimatkan perbelanjaan parti.


Mengulas mengenai karnival sukan itu, Adnan menyifatkannya sebagai platform mengukuhkan ukhuwah antara 14 Bahagian UMNO seluruh negeri selain menambah bilangan anggota dengan pendaftaran baharu 3,515 anggota sepanjang karnival bermula 28 April lalu.

Sebanyak lapan acara dipertandingan iaitu ping pong, bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, sepak takraw, futsal dan bowling.

Pemenang akan mewakili Pahang pada Karnival Sukan UMNO 2016, Mei ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori