PERSONALITI TV popular, Anthony Bourdain berkongsikan foto dia sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Hanoi, Vietnam dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, semalam.
Bourdain memuat naik sekeping gambar memaparkan dirinya sedang duduk di atas bangku plastik sambil makan dalam keadaan bersantai dan tanpa protokol dengan Obama.
Kedua-duanya berkunjung ke restoran tersebut yang menyediakan hidangan mi tempatan dikenali sebagai bun cha dan tiada kelihatan pengawal peribadi presiden di sekitarnya.
Tulis Bourdain menerusi laman Twitter: “Jumlah bil makan malam bun cha bersama Presiden adalah AS$6 (RM24.66) Saya yang belanja”!
Menurut laman berita CNN, perbincangan antara Obama dan Bourdain akan ditayangkan di saluran berita itu menerusi program Anthony Bourdain Parts Unknown yang akan ditayangkan September ini. – MYNEWSHUB.CC