Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jutawan Sombong Langgar Mati...

INDIA – Sikap sombong dan angkuh seorang jutawan, Mohammed Nisham, akhirnya membawa dia ke...

Tips Selamat Elak Ditipu...

APABILA semakin ramai usahawan baharu yang tumbuh bak cendawan, maka makin ramailah pemborong...

Gambar Kemeriahan Majlis Akikah...

RUMAH tangga pasangan selebriti popular, Akim Ahmad dan Stacy Anam semakin bertambah meriah...

Turkiye Gantung Semua Aktiviti...

GLOBAL | Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan negara itu dengan Israel hari ini...

Anwar Mahu Pakatan Keluar Dari Deklarasi Rakyat – AMK

KUALA LUMPUR – “Pembangkang sudah boleh meletakkan noktah pada kempen ‘Deklarasi Rakyat’ (anjuran Tun Dr. Mahathir Mohamad). Saya yakin inilah semangat yang ditampilkan dalam keseluruhan isi warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.”

Itu penjelasan terperinci Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahmad Syukri Che Ab. Razak mengenai satu surat dari penjara oleh Anwar yang ditujukan kepada para pemimpin Pakatan Harapan baru-baru ini.

Dakwa beliau, Anwar dalam surat yang bocor kepada umum itu cuba menyampaikan mesej bahawa `deklarasi rakyat’ itu telah diambil peluang oleh Mahathir dan kumpulannya demi kepentingan peribadi mereka.

Justeru, katanya, Mahathir perlu sedar sokongan yang diberikan oleh beberapa pemimpin Pakatan Harapan kepada kempen deklarasi itu bukan bukti penerimaan rakyat terhadap beliau dan pasukannya.

“Jika diperhalusi sama ada rakyat benar-benar yakin pasukannya memang berniat melaksanakan cita-cita perubahan, saya yakin jumlah yang percaya terlalu sedikit,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Syukri dalam pada itu memberitahu, ramai penyokong pembangkang kecewa dan menyumpah seranah apabila melihat seolah-olah pemimpin pembangkang yang menyertai `deklarasi rakyat’ jatuh dalam kepentingan politik peribadi Mahathir.

Justeru, dakwanya, Anwar melalui surat itu telah bersuara bagi pihak penyokong Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan PAN yang tidak berpuas hati dengan perkembangan tersebut.

“Dalam warkah tersebut Anwar menyatakan kebimbangan dan harapan agar jentera parti mula meletakkan jarak dengan kempen deklarasi itu,” tegasnya.


Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara selama tahun kerana meliwat seorang lelaki lain menulis satu surat yang ditujukan kepada pemimpin pembangkang baru-baru ini.

Beliau dipercayai menulis surat itu kerana berasa tidak berpuas hati dengan perkembangan terkini politik Pakatan Harapan pembangkang yang menyaksikan sebahagian pemimpin mereka bersengkongkol dengan Mahathir.

Anwar dalam surat itu membayangkan bahawa Mahathir seorang ahli politik yang tidak bermoral dan licik serta menganjurkan `deklarasi rakyat’ semata-mata mahu memenuhi cita-citanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemimpin PKR, DAP, PAN yang terlibat dengan `deklarasi rakyat’ itu bagaimanapun mengambil keputusan mengabaikan surat Anwar tersebut apabila menegaskan akan terus menjalin kerjasama dengan Mahathir.

Mahathir dipercayai berusaha menjatuhkan Najib kerana berang dengan keengganan Najib menuruti beberapa kemahuannya selain mahu menaikkan orang kanannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori