Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Selangor Umum Batal...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sebentar tadi mengumumkan pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara...

2 Ahli Parlimen Dapat...

DUA Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) dan Khoo...

Dato’ Boy Iman Tak...

KECOH Selasa lalu apabila bekas pelakon suam-suam kuku, Dato’ Dr. Boy Iman atau...

Mangsa Banjir Di Perlis...

KANGAR - Jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), akibat terjejas...

Anzalna Nasir Dah Pasang Niat Nak Berhijab

KEDENGARAN klise namun apabila seseorang selebriti itu mula berhijrah dengan memakai tudung, tujuan mereka dikatakan semata-mata untuk mempromosikan bisnes hijab yang bakal dikeluarkan mereka.

Terbaharu, aktres Anzalna Nasir dikaitkan dengan trend sebegitu selepas melancarkan jenama tudungnya, Anzel Scarf secara kerjasama dengan pengasas D’herbs, Datuk Alif Syukri.

Anzalna Nasir Dah Pasang Niat Nak Berhijab
Pelakon, Anzalna Nasir melancarkan jenama tudungnya, Anzel Scarf secara kerjasama dengan pengasas D’herbs, Datuk Alif Syukri.

“Saya memang ada hasrat untuk bertudung dan bila memasuki perniagaan hijab ini perasaan itu semakin kuat.

“Tapi kalau boleh saya tidak mahu terpaksa untuk berubah, jika sudah pakai tudung saya tidak mahu buka lagi. Insya-Allah masanya akan tiba, namun saya tidak mahu menetapkan sasaran bila,” jelas Anzalna kepada mStar Online.

Menurut pelakon jelita ini, tujuannya menceburi bisnes tudung bukanlah mendapat keuntungan semata-mata sebaliknya ingin membuka peluang kepada orang lain membuat keuntungan bersama menerusi jualan stokis.


Sama-sama kita doakan hijab keluaran Anzalna mampu berdiri sebaris dengan jenama-jenama hijab terkemuka lain di pasaran selepas ini, selain terbuka hati Anzalna untuk segera berhijrah menjadi muslimah sejati! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori