Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sambutan Hari Lahir Siti...

KELIBAT pelakon kacukan Melayu-Inggeris bernama Siti Saleha di dalam bidang seni mungkin tidak...

Pan Borneo Sabah: Kerajaan...

KOTA KINABALU - Kerajaan sedang mempertimbang untuk membenarkan kaedah usaha sama antara kontraktor...

Splash: Rundingan Masih Berlangsung...

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak...

Kekal Pemimpin Kanan DAP...

MENYENTUH mengenai Malaysia baharu, satu daripadanya adalah mereformasikan institusi penting negara dan Parlimen...

‘Apa Yang Penting Kami Bahagia’ – Hafidz Maafkan Orang Kutuk Isteri

TIDAK sampai seminggu mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu, Nurul Shuhada Mat Shukri teruk menerima pelbagai kutukan dari netizen dek kerana rupa parasnya yang dikatakan tidak sepadan dengan hero Malaya itu.

hafidz

Bagaimanapun, nampaknya pasangan pengantin baru ini tidak mudah melatah dengan isu itu dan menganggap apa yang berlaku mengajar mereka erti kesabaran.

Pada masa yang sama, Hafidz dan isteri, 22, telah pun memaafkan pengguna sosial yang melemparkan kata-kata kesat tersebut.

Tahniah Hafidz Roshdi Selamat Diijabkabul Dengan Pasangan

“Apa yang penting saya dan isteri bahagia dan bagi mereka yang menghina wajah isteri saya, dia (Nurul Shuhada) menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih atas hinaan tersebut.

“Dia juga tidak terasa hati dan memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya, secara tidak langsung perkara ini juga mengajar erti kesabaran kepada kami,” ujarnya kepada mStar Online.


Sementara itu, Hafidz turut berterima kasih kepada beberapa rakan artis seperti Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan dan Micheal Ang yang membelanya di laman Instagram.

BACA: Rakan Artis Back Up Isteri Hafidz Roshdi Yang Dikutuk Tak Cantik

“Saya berterima kasih kepada rakan artis yang prihatin dan cuba membela saya apabila dikutuk oleh pengguna laman sosial. Tidak apalah, mereka yang kutuk itu beri pahala percuma sahaja pada saya dan isteri,” ujarnya.

Sebelum ini, Hafidz ada memberitahu, dia memilih Nurul sebagai isterinya kerana wanita itu dirasakan sempurna di matanya, memahami dan sentiasa ada ketika susah mahupun senang.

Hero drama Tundukkan Playboy itu juga mengakui dia adalah individu yang setia dan bersungguh-sungguh dalam percintaan.

BACA:  ‘Saya Jenis Kalau Bercinta Sungguh-Sungguh’ – Hafidz Roshdi

Hafidz yang mendirikan rumah tangga pada 30 April lalu bakal melangsungkan resepsi di pihaknya pada Ogos atau September depan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori