Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Selesema Burung: Penduduk Terjejas...

KOTA KINABALU – Penduduk kampung yang ternakan unggas mereka dilupuskan bagi membendung penularan...

Iran Dan Rakan Dagang...

NEGARA yang masih kekal dalam perjanjian nuklear Iran akan mewujudkan satu sistem pembayaran...

“Jadilah Awet Muda Seperti...

KUALA LUMPUR – Jika anda inginkan kesihatan yang lebih baik serta kecantikan asli...

Sukan Para Asia 2018...

JAKARTA - Sukan Para Asia 2018 ditutup penuh meriah malam ini, yang selama...

APMM Kurangkan Penyeludupan Migran Ke Australia Menerusi Op Redback

BATU PAHAT – Operasi Redback yang diadakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sejak 2011, berjaya mengurangkan kegiatan penyeludupan migran dari negara ini ke Australia.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata operasi yang telah dilaksanakan enam kali sejak 2011 bersama Australia Border Force (ABF), dapat mengurangkan kegiatan migran daripada menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum ke Australia.

“Op Redback ini mewujudkan situasi menang-menang antara Malaysia dan Australia dalam menangani kegiatan penyeludupan migran dan pelbagai kesalahan di laut di perairan Selat Melaka.

“Apabila Australia berjaya menyekat kemasukan migran khususnya dari Asia Barat termasuk Iran dan Afghanistan, kemasukan migran dari negara terbabit ke negara ini juga semakin berkurangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Op Redback 6/2016 di Pangkalan Maritim Batu Pahat, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan dan Kaunselor Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan ABF Sandra Jeffrey.

Zulkifili berkata selain menangani kegiatan penyeludupan migran, operasi itu juga dilihat berjaya mendedahkan pelbagai teknik kemahiran dalam kalangan pegawai dan anggota APMM termasuk menjalani latihan di Australia.

Beliau berkata kerjasama itu turut meningkatkan hubungan baik antara kedua-dua agensi berkenaan selain bertukar-tukar pelbagai maklumat.

Mengenai Op Redback 6/2016, Zulkifili berkata ia dilaksanakan dari 17 hingga 29 Mei lepas yang meliputi kawasan Daerah 5 Kuala Linggi dan Pangkalan Maritim Batu Pahat dengan disertai 60 anggota dan empat bot APMM serta empat tenaga pengajar ABF.


Beliau berkata sebanyak 180 bot pelbagai jenis diperiksa sepanjang operasi itu dengan tujuh bot dan 13 individu ditahan kerana melakukan beberapa kesalahan termasuk menaikkan kerang secara haram dan memiliki dadah jenis ganja.

“Op ini akan dijalankan secara berterusan bagi mengekang segala aktiviti menyalahi undang-undang di perairan Malaysia kerana kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk bot atau kapal yang melakukan kesalahan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zulkifili berkata APMM juga akan meningkatkan penugasan dan operasi di seluruh perairan negara pada musim perayaan ini termasuk bekerjasama dengan Jabatan Laut bagi menangani kegiatan pendatang asing tanpa izin menyeludup keluar melalui laluan tidak diwartakan.

Beliau berkata APMM juga akan memantau pergerakan feri dan bot penumpang bagi menjamin keselamatan termasuk memastikan feri dan bot dilengkapi jaket keselamatan.

“Sejak awal tahun sehingga kini, APMM sudah menahan 190 pendatang asing tanpa izin khususnya di Lumut, Perak, Klang, Selangor dan Sedili, Johor yang cuba menyeludup keluar menerusi laluan tidak diwartakan,” katanya.

Beliau berkata APMM juga akan menumpukan penugasan terutamanya di kawasan Sedili dan Kukup, Johor, Langkawi, Kedah serta Melaka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori