Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sukan Asia: Hoki Guna...

INCHEON - Sekalipun berdepan misi sukar untuk merebut slot ke final Sukan Asia,...

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Ke-70...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan...

Nikah Hari Ini, Mell...

TAHNIAH diucapkan kepada pengantin baharu, Melly Matius yang merupakan vokalis kumpulan Sakura Band,...

Merajuk Dengan Isteri, Tidak...

BERAPA ramai yang sanggup membisu dan tidak bertegur sapa dengan pasangan untuk suatu...

Aqil Juara Sulung Program Tahfiz Muda

KUALA LUMPUR – Selepas bersiaran selama 7 minggu, program realiti hafazan kanak-kanak, Tahfiz Muda menobatkan Mohamad Aqil Khair Mohamad Fairos, 11 tahun, selaku Juara malam tadi.

Aqil yang berasal dari negeri Perak berjaya mengenepikan 5 lagi finalis yang lain apabila telah berjaya melunaskan tugasan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik, kata Astro dalam satu kenyataan.

Pusingan akhir Persada Tahfiz Muda disiarkan melalui saluran Astro Oasis (106) dan siaran serentak di Astro Maya HD (135).

Selaku Juara, Aqil membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara yang disandang Fatimah Azzahra Bukhari, 12, pula memenangi wang tunai RM7,000 dan trofi.

Pemenang tempat ketiga diraih Syadril Idham Sable, 11, dan pemenang tempat keempat menjadi milik Amiruddin Mohd Basir, 9, masing-masing meraih hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000 beserta trofi.


Manakala Ajwad Noor, 10, dan Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8, masing-masing di tangga kelima dan keenam telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori