Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kadar Tambang Baharu ERL...

KUALA LUMPUR - Tambang baharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan...

Ranhill Beli Northern Power...

KUALA LUMPUR – Ranhill Capital Sdn Bhd telah memeterai perjanjian penjualan saham dengan...

Buaya Sepanjang 15 Kaki...

BANDAR SERI BEGAWAN - Penduduk tempatan di Kampung Birau , Tutong dikejutkan dengan...

Gadis Colombia Wajah 90...

BOGOTA - Seperti kebanyakan gadis remaja Colombia lainnya, Magali Gonzalez Sierra pun turut bergembira...

ASEAN Akan Mulakan Rundingan FTA Dengan EAEU

SOCHI (Rusia) – ASEAN akan mengambil langkah untuk memulakan proses rundingan bagi memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) di mana Rusia adalah antara negara utama dalam kesatuan tersebut.

Ia adalah antara persetujuan yang dicapai dalam dua dokumen yang diterima pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia yang berakhir Jumaat iaitu Deklarasi Sochi dan Pelan Tindakan Komprehensif (2016-2020).

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata FTA dengan EAEU itu adalah satu lagi usaha untuk mewujudkan arkitek integrasi ekonomi serantau yang mampu memperluaskan potensi perdagangan ASEAN dengan negara-negara EAEU.

Menurutnya, ASEAN dan EAEU mempunyai nilai kombinasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak US$3.5 trilion, dengan populasi kira-kira 766 juta orang.

“Dalam konteks saiz pasaran (yang luas) dan mempunyai potensi besar yang wajar diekploitasi,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir sidang kemuncak dua hari itu di sini, Jumaat.

Najib berkata Malaysia juga telah menyatakan hasrat untuk memeterai FTA dengan EAEU sekiranya berlaku kelewatan dalam proses yang melibatkan ASEAN.

“Jika usaha dengan Asean memakan masa maka Malaysia berhasrat mengadakan sendiri kerjasama FTA itu (EAEU),” katanya.

EAEU dianggotai Armenia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Rusia.


Najib berkata persidangan itu juga bersetuju untuk mempertingkatkan kerjasama dalam bidang politik, keselamatan, sosial dan kebudayaan dan berusaha ke arah mengurangkan jurang pembangunan dan memperhebatkan hubungan untuk meningkatkan pelancongan.

Sidang kemuncak peringatan itu juga mencapai konsensus dalam menangani keganasan melampau serta mempertingkatkan kerjasama dalam permerdagangan manusia serta penghijrahan tidak teratur dan menerima pakai konsep kesederhanaan, katanya.

Najib berkata sidang kemuncak itu turut menyentuh mengenai isu Laut China Selatan dan mengambil ketetapan untuk semua pihak menghormati Deklarasi Perilaku Pihak (DOC) dan menggesa semua pihak memuktamadkan Kod Tatalaku (COC) dalam masa terdekat.

Menurutnya, persidangan itu juga melahirkan kebimbangan terhadap ujian peluru berpandu balistik Korea Utara dan menggesa negara itu kembali kepada perbincangan enam pihak berkaitan perkara tersebut.

Najib berkata Malaysia ketika sidang pleno sidang kemuncak itu turut menggesa Rusia untuk mengambil kesempatan terhadap penubuhan Komuniti ASEAN bagi meningkatkan perdagangan dan menggalak pelancong negara tersebut untuk melihat ASEAN sebagai destinasi pelancongan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori