Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dikritik Buat Iklan ‘Kulit...

BAHARU beberapa jam dimuat naik, iklan rangkaian farmasi Wartson sempena Hari Raya Aidilfitri...

Khairul Hafiz Azam Catat...

KOTA TINGGI – Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan berhasrat untuk melakukan catatan...

‘Pagar Coli’ Jadi Tarikan...

DI New Zealand terdapat satu tempat tarikan pelancong yang luar daripada kebiasaan.Di pinggir...

Gangguan Air : Hulu...

SHAH ALAM – Tahap pemulihan bekalan air di tujuh wilayah terjejas akibat henti...

“Ayat Power” Bomba Selamatkan Cubaan Wanita Bunuh Diri

 ‘AYAT power’ daripada seorang anggota bomba berjaya menenangkan seorang wanita tempatan yang cuba membunuh diri, dalam kejadian di sebuah kilang di Meru, Klang awal pagi tadi.

Difahamkan, wanita berusia 20-an itu dipercayai tertekan akibat masalah keluarga lalu bertindak nekad menoreh pergelangan tangan kiri serta mengunci dirinya di dalam bilik.

Ketua Balai Bomba Kota Raja, Omar Mohammad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.34 pagi lantas menggerakkan pasukan jentera bomba dan penyelamat bersama tujuh pegawai pelbagai pangkat ke lokasi.

bombaaaas3
Sumber: Facebook Jabatan Bomb & Penyelamat Malaysia

“Wanita tersebut bertindak agresif apabila seorang lelaki yang merupakan tunang beliau sampai ke lokasi. Pelbagai kaedah digunakan termasuk pujukan dari ahli keluarga.

“Tetapi pujukan daripada ‘Abang Bomba’ oleh anggota bertugas akhirnya berjaya menenangkan mangsa yang seterusnya menyerah diri,” katanya menerusi kenyataan di Facebok.


Omar turut memaklumkan, mangsa yang mengalami pendarahan dan luka di tangan kiri diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori