Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Edisi Khas Charlie Hebdo...

PARIS ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Tidak pasti sama ada tanda simpati atau sekadar mahu membaca, majalah...

3 Elemen Banteras Jenayah...

TAWAU - Polis akan memperkasa tiga elemen utama ke arah membanteras jenayah dadah...

Jerebu: Kualiti Udara Di...

SINGAPURA - Kualiti udara di Singapura terus berada di paras tidak sihat hari...

Kes Denggi Di Labuan...

LABUAN - Kes denggi di pulau bebas cukai ini mencatat peningkatan, dengan 13...

Azmin Perlu Kaji Perjanjian Sebelum Persoal Hak Kerajaan Sarawak

KUCHING – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali perlu mengkaji terlebih dahulu Perjanjian Malaysia 1963 sebelum mempersoal kuasa autonomi imigresen kerajaan Sarawak yang menghalang individu tertentu daripada memasuki negeri ini.

Anggota Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata larangan itu adalah hak kerajaan Sarawak bertujuan untuk menjaga kepentingan dan melindungi negeri daripada elemen yang boleh mengganggu keamanan dan kemakmuran.

“Dia (Azmin) perlu kaji dulu sejarah dan belajar mengenai kandungan Perjanjian Malaysia 1963…apa yang kita tidak mahu ialah tindakan pihak ini mengganggu keharmonian kita semata-mata nak menjual politik mereka di sini,” katanya.

Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Surau Al Amin, Kampung Stunggang Melayu Baru, Lundu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin kerana mempersoal kuasa Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang menghalang kemasukan individu tertentu ke Sarawak.


Wan Junaidi berkata keputusan kerajaan negeri menghalang individu tertentu memasuki negeri ini, bukan dibuat berdasarkan kepentingan peribadi tetapi disebabkan aspirasi dan kehendak rakyat Sarawak.

Katanya kerajaan negeri tidak mengamalkan sikap berat sebelah kerana bukan sahaja menyekat pemimpin dan anggota parti pembangkang, malah juga Barisan Nasional (BN) daripada memasuki negeri ini.

“Cara kita berpolitik di sini berbeza dari Semenanjung, proses berkempen juga dijalankan secara aman tanpa sebarang kekacauan,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori