ENGLAND: Kejayaan menakjubkan Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris menuju kemuncaknya apabila kira-kira 240,000 peminat mengubah bandar raya itu menjadi biru ketika majlis perarakan kejuaraan kelab itu, kelmarin.
Selama dua minggu sejak pasukan kendalian Claudio Ranieri dinobat sebagai juara yang tidak pernah diduga sama sekali dalam sejarah bola sepak Inggeris, bandaraya Leicester berpesta 24 jam selepas Foxes menamatkan kempen mereka dengan keputusan seri di Chelsea.
Selepas memulakan musim dengan nisbah 5,000-1 bagi merangkul kejuaraan, Leicester menafikan semua ramalan dengan penuh bergaya dan skuad Ranieri disambut penuh gemilang manakala pengerusi kelab dari Thailand Vichai Srivaddhanaprabha turut menyertai majlis perarakan itu bersama keluarganya.
“Ia sesuatu yang istimewa,†ujar Ranieri  -MYNEWSHUB.CC
 : Sumber Harian Metro