Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

94.6 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi...

Pesakit Saraf Terharu Terima...

KUANTAN - Tiada perkataan yang mampu diucapkan oleh seorang pesakit saraf melainkan ucapan...

Bajet 2017 Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Bajet 2017 Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP akan dibentang pada...

Pentadbiran AS Kembali Pulih...

WASHINGTON DC - Agensi persekutuan Amerika Syarikat (AS) kembali pulih selepas lumpuh tiga...

Banduan Lari Dari Hospital Kajang Berjaya Ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang banduan yang melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kajang pada Khamis lepas, berjaya ditahan semula semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata banduan itu ditahan di sebuah bangunan berhampiran tapak pembinaan di Jalan PJU 10/9 Sri Damansara, Petaling Jaya pada pukul 5.30 petang.

“Suspek cuba melarikan diri dengan terjun daripada tingkap bangunan berkenaan dan berlari kira-kira 700 meter namun berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek membawa kepada penemuan sebuah gari yang telah dipotong bersama sebuah mesin pemotong di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan itu.


Pada Khamis lepas, seorang banduan dari Penjara Kajang melarikan diri ketika diberi rawatan di Hospital Kajang.

Kehilangan banduan lelaki berusia 44 tahun yang beralamat di Taman Intan Baiduri, Kuala Lumpur, itu disedari pihak hospital sebelum memaklumkan kepada pihak polis pada 9.15 malam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori