Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Presiden Singapura Anugerah Pingat...

SINGAPURA - Presiden Singapura menganugerahkan Pingat Jasa Gemilang kepada Ketua Polis Negara Malaysia...

2,014 Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU : Mangsa banjir di Kelantan menurun sedikit kepada 2,014 mangsa setakat...

Mansuhkan Kuasa Menteri Untuk...

KUALA LUMPUR - Seorang pengamal cukai kanan telah meminta kerajaan memansuhkan seksyen 127...

AS Bunuh Pemimpin Tertinggi...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dilaporkan membunuh pemimpin al-Qaeda di Yaman, Qasim al-Rimi...

Banjir Kilat C.Highlands Kesan Penerokaan Haram Lama

TEMERLOH – Kejadian banjir kilat menyebabkan sebuah jambatan runtuh dan menghanyutkan beberapa kenderaan di Kuala Terla, Cameron Highlands pada Ahad lepas, adalah akibat daripada kesan penerokaan haram lama.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata tiada penerokaan haram baharu dikesan di daerah itu ekoran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau sebarang aktiviti penerokaan di kawasan tersebut.

“…yang runtuh itu kesan lama, bukannya kita lulus bulan lepas, runtuh bulan ini. Ini akibat penerokaan haram dahulu. Sekarang, kita melalui NRE dan MKN menangani masalah itu…tiada lagi penerokaan haram,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Perumahan 2016-2020 dan PR1MA Pahang Parlimen Temerloh di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas laporan media bahawa penerokaan tanah secara berleluasa menjadi punca kepada insiden banjir kilat di Cameron Highlands.

Adnan berkata NRE dan MKN sudah mengambil alih tugas memantau penerokaan di daerah itu memandangkan kerajaan negeri tidak mampu menangani masalah berkenaan secara sendiri.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Pengerusi BN Pahang meminta kepimpinan parti komponen BN berfikir secara rasional dan tidak keliru dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016.


Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang RUU persendirian bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Abdul Hadi berkata ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan, selain hukuman mati. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori