Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Letupan Di Jakarta: Malaysia...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menawarkan bantuan...

Mengapa Pak Din? Si...

KUALA LUMPUR - Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jua. Peribahasa yang...

Trump-Obama Bertemu, Bincang Peralihan...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan penggantinya, Donald Trump bertemu...

Penganggur Didakwa Samun Kakak...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Bantu 217 Pengantin Baharu Miliki Rumah, Modal Perniagaan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan membantu 217 pasangan pengantin baharu yang menyertai Program Perkahwinan Perdana 2016 hari ini, untuk memiliki rumah dan mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan memastikan mereka diberi keutamaan untuk dua perkara itu.

“Jadi, pentadbir tanah di setiap daerah akan mengenal pasti lokasi tanah yang bersesuaian untuk pasangan pengantin ini mendirikan rumah atau mereka juga boleh mendapatkan pinjaman perumahan yang disediakan dengan nilai maksimum RM50,000.

“Pinjaman perumahan maksimum RM50,000 ini sebenarnya telah wujud lama dulu dan ia akan diaktifkan semula untuk dimanfaatkan belia yang layak selain pengantin baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perkahwinan Perdana Transformasi Terengganu Baru (TTB) melibatkan 217 pasangan pengantin di seluruh negeri yang diraikan serentak dalam majlis resepsi di tujuh daerah di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Zubir Embong dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.


Daripada jumlah itu, 33 pasangan adalah dari Kuala Terengganu, Kuala Nerus (37), Kemaman (27), Dungun (25), Marang (29), Hulu Terengganu (21), Setiu (22) dan Besut (23).

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri telah membelanjakan RM800,000 untuk melaksanakan perkahwinan perdana itu yang diharap mampu meringankan beban keluarga pengantin terutama mereka yang berpendapatan rendah.

“Tidak sekadar bantu mereka untuk berkahwin, YPKT juga akan terus membimbing kesemua pasangan pengantin baharu itu untuk memulakan perniagaan sekiranya mereka berminat.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu pengantin baharu meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan melahirkan generasi muda Terengganu yang stabil dan harmoni,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori