BARCELONA – Kelab bola sepak terkenal Sepanyol, Barcelona memperkenalkan jersi baharu yang akan dipakai untuk musim 2016/17.
Jersi Apparel Nike itu kembali dengan jalur menegak berwarna merah dan biru khas sebagai imej tradisional kelab kebanggaan Wilayah Catalonia itu.
Jalur berwarna biru terletak di tengah dikelilingi oleh dua jalur merah berlogo Apparel. Terdapat juga garis-garis halus di dalam jalur pada jersi itu.
Jersi itu dipakai untuk penghormatan pasukan merebut gelaran juara Liga Juara-juara untuk kali pertama.
Pada bahagian bahu dan lengan baju menggunakan gentian lembut berwarna biru navy dan jalur berwarna hyper cobalt. Di hadapan baju pada ruang atas kanan terdapat bendera Catalan, Senyera.
Terdapat tulisan ‘Un Crit’ dan ‘Valent’ yang bersambung merupakan salah satu ayat dari lagu rasmi peminat iaitu ‘Cant del Barça’.
Jersi berwarna biru yang dipakai oleh Barcelona sebagai warna seluar dan baju untuk melengkapkan jersi itu dijual secara rasmi pada 30 Mei lalu. – MYNEWSHUB.CC