Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi...

Whistleblower dalam bahasa Melayu bererti pemberi maklumat. Menjadi Whistleblower tidak memerlukan keupayaan seperti...

Dayang Nurfaizah: Artis Dan...

NAMPAKNYA krisis yang melanda Shila Amzah dengan pihak media Melayu semakin mendapat perhatian...

Caitlyn Jenner Sambut Hari...

WALAUPUN sudah membuat transformasi menjadi seorang wanita, Caitlyn Jenner tetap menghargai anak-anaknya dan...

Kapten Noor Hafizah, Juruterbang...

Sejuk mata memandang.. itulah yang boleh digambarkan terhadap seorang juruterbang wanita AirAsia, Noor...

Bayi 5 Bulan Meninggal Disyaki Tersedak Susu

MELAKA – Seorang bayi perempuan berusia lima bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata anak bongsu daripada tiga beradik itu dihantar ke pusat jagaan berkenaan oleh ibu mangsa kira-kira 7 pagi.

Beliau berkata bayi itu kemudian dibawa pihak pusat jagaan tersebut untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ayer Keroh kira-kira 12 tengah hari dalam keadaan tidak sedarkan diri dan doktor bertugas mendapati bayi berkenaan sudah meninggal dunia.

“Bapa bayi tersebut mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 1 tengah hari sebelum bergegas ke klinik berkenaan dan dimaklumkan anaknya telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori