PERKHABARAN mengenai status solo pelakon cantik, Tiz Zaqyah yang melonjak naik namanya menerusi drama Nur Kasih bukan lagi rahsia.
Walaupun Tiz tidak memuat naik sebarang kenyataan perhubung perkara itu. Namun ramai yang mengetahui status hubungannya dengan pemuda yang bernama Daniel Haziq telah berakhir.
Pernah dikhabarkan oleh media tempatan bahawa Tiz dan Daniel berbincang soal kahwin. Namun apakan daya, jodoh mereka tidak panjang.
“Kami ada berbincang soal perkahwinan. Malah, tarikh perkahwinan juga sudah ada. Cuma biarlah saya simpan dalam hati saja,” kata Tiz kepada sebuah akhbar tempatan beberapa tahun lalu.
Bekas teman lelaki Tiz kini kelihatan mesra dengan seorang wanita yang juga merupakan seorang pemuzik bernama Arafah.
Melalui penelitian di Instagram milik artis wanita yang dikenali Arafah itu @iamarabyrd, kelihatan beberapa foto wanita itu bermesra dengan pemuda bernama Daniel Haziq sewaktu percutian di sebuah pulau.
Ternyata kemesraan yang ditunjukkan oleh kedua-dua mereka ini menandakan terjalin hubungan yang istimewa antara mereka.
Nampaknya si teruna telah pun mempunyai pengganti dan kami percaya hubungan mereka lebih dari sekadar kawan biasa dan bukannya ‘teman tapi mesra’.
Adakah wanita yang bernama Arafah ini punca kepada terputusnya hubungan dengan kekasihnya itu. Hanya Tiz sahaja yang mampu menjawab persoalan itu.
Difahamkan juga, aktres ini sukakan lelaki yang ada pendirian, skillful dan mempunyai sifat kepimpinan yang mampu membimbingnya. Diharapkan Tiz dapat berjumpa dengan lelaki idamannya seperti yang diimpikan. -MYNEWSHUB.CC