Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

1MDB: Peguam Negara Jawab...

PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan di sini pada Khamis sebagai menjawab...

Suami Tonton Filem Lucah...

LOS ANGELES – Ada pandangan mendakwa hobi menonton filem pornografi boleh menjejaskan kehidupan seks...

Tak Memilih Watak, Asal...

SAIZ fizikal seseorang adakalanya tiada kena-mengena dengan usianya; ada yang bertubuh kecil tapi...

Kes Tibi Di Sabah...

SANDAKAN - Sebanyak 4,953 kes Tibi dikesan di negeri ini tahun lepas, meningkat...

Bekas Profesor Didenda RM2 Juta Seludup Gading Gajah

MINNESOTA – Seorang bekas profesor falsafah didenda RM2 juta (AS$500,000) kerana menyeludup gading gajah dan mengeksport secara haram tanduk badak sumbu dari Amerika Syarikat ke China, kata pendakwa raya.

Pendakwa raya berkata, hakim daerah, John R. Tunheim di Minneapolis juga memerintahkan tertuduh, Yiwei Zheng, 43, bekas profesor di Universiti St. Cloud State, dikenakan tempoh pengawasan selama tiga tahun dan menjalankan kerja sosial selama 150 jam.

Denda itu akan dibayar kepada Tabung Hadiah Akta Lacey yang digunakan oleh Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar AS bagi memberi ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat mengenai jenayah berkaitan hidupan liar dan penjagaan terhadap haiwan yang dijadikan bukti dalam proses penyiasatan.

Peguambela Zheng, Timothy Webb berkata, anak guamnya juga akan menjalani hukuman penjara selama enam minggu.

Sementara itu, jurucakap universiti, Adam Hammer berkata, tempoh perkhidmatan Zheng dengan Universiti St. Cloud State tamat pada Mac lalu.


Zheng warga China-Amerika yang juga dikenali sebagai Steve Zheng, mengaku bersalah pada Januari lalu kerana menyeludup gading gajah dari Amerika ke China pada April 2011 dan mengeksport tanduk badak sumbu pada Julai 2010 yang melanggar akta spesies yang dilindungi. – Reuters/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori