Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PM Pengerusikan Mesyuarat Pemimpin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mempengerusikan Mesyuarat Pemimpin...

Oppo F1 Plus Edisi...

BUAT peminat pasukan bolasepak kelab FC Barcelona (FCB), bersiap sedia untuk mendapatkan koleksi...

3 Wanita Mengandung Antara...

PELABUHAN KLANG - Tiga wanita mengandung sanggup bergadai nyawa berhimpit-himpit di dalam sebuah...

Daftar GST Segera &...

KUALA LUMPUR - Syarikat yang mempunyai pendapatan RM500,000 setahun disarankan supaya segera mendaftar...

Belum Siap, Disneyland Shanghai Dah Jahanam Dek Pelawat

YANG pelik dan jelik sering dikaitkan dengan negara ini.

Pelancong China memang sinonim dengan tingkah laku yang buruk semasa bercuti di luar negara, sehinggakan baru-baru ini pihak pelancongan Jepun terpaksa mengeluarkan notis ‘amaran mesra’ supaya pelancong daripada negara tersebut menjaga tatasusila mereka.

Baca: Suruh Pelancong China Jangan Kentut, Sendawa Sesuka Hati

Nah, rupa-rupanya sikap menjelikkan itu bukan berlaku di luar negara sahaja, malah dalam negara mereka sendiri!

Shanghaiist melaporkan, satu insiden memalukan telah berlaku di taman tema Disneyland Shanghai yang kini masih dalam proses pembinaan, belum siap sepenuhnya.

Belum Siap, Disneyland Shanghai Sudah Diceroboh Pelawat Pengotor

Dijadualkan mula beroperasi Jun ini bersempena kehadiran musim panas, Disneyland Shanghai kini dalam proses sentuhan terakhir sebelum dibuka kepada umum.

Malangnya belum sempat apa-apa, taman tersebut telah pun dipenuhi pengunjung yang menceroboh kawasan tersebut.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuatnaik di Weibo, jelas kelihatan sampah merata-rata di atas padang rumput manakala tumbuhan hiasan telah dirosakkan segerombolan ‘tetamu tak diundang’. Selain itu, tiang-tiang lampu juga diconteng dengan ukiran nama.

Belum Siap, Disneyland Shanghai Sudah Diceroboh Pelawat Pengotor

Tambah menjengkelkan, taman tema yang digelar The World’s Happiest Place ini turut dicemari dengan tindakan seorang wanita, membiarkan anak kecilnya kencing di tepi kawasan pejalan kaki walaupun terdapat ramai sedang yang lalu lalang di situ.

Belum Siap, Disneyland Shanghai Sudah Diceroboh Pelawat Pengotor

Warga republik itu seakan-akan tidak bertamadun kerana papan-papan tanda larangan kepada pengunjung supaya tidak merosakkan taman tema tersebut langsung tak diambil kisah asalkan mereka dapat bergambar dengan shot paling menarik.

Akibatnya habis rosak pokok bunga yang cantik, sebelum sempat pemandangan indah itu disaksikan secara rasmi oleh pengunjung ‘sah’.

Belum Siap, Disneyland Shanghai Sudah Diceroboh Pelawat Pengotor


Belum Siap, Disneyland Shanghai Sudah Diceroboh Pelawat Pengotor

Insiden seumpama ini sering disebarkan secara meluas di media sosial maka apa yang berlaku tidaklah mengejutkan sangat.

Bayangkan tahap mana teruknya perangai mereka ini, ada yang ‘gigih’ memanjat dan menggoncang batang sakura yang berbunga lebat sehingga merosakkan pohon tersebut, semata-mata mahu dapatkan ‘efek’ yang cantik dalam gambar.

Tak kurang juga yang bertindak ganas menendang pohon itu kerana terlalu ghairah mahu merakam detik dihujani kelopak bunga dengan mudah.

Belum Siap, Disneyland Shanghai Sudah Diceroboh Pelawat Pengotor

Belum Siap, Disneyland Shanghai Sudah Diceroboh Pelawat Pengotor

Warga China juga terkenal sebagai pelancong paling pengotor di dunia dalam satu tinjauan yang dilakukan akhbar Business Insider kerana gemar membuang sampah merata-rata dan membuang air di tempat awam.

Sikap pelancong China yang lebih sudu dari kuah ini semestinya memburukkan imej mereka di mata dunia.

Jika sebelum ini ada teori yang mengatakan mungkin mereka berperangai buruk di luar negara kerana undang-undang negara China terlalu ketat, kini jelas terpampang nyata bahawa atitude mereka ini sememangnya wujud daripada mentaliti dan bukan faktor luaran.

Dalam negara sendiri pun buat hal, apa nak dikatakan lagi! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori