Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Empat Sekeluarga Maut Kereta...

IPOH - Empat sekeluarga maut apabila kereta mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori...

Dividen ASB 2 6.00...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dua dana...

Lelaki Berang Bakar ‘Satu...

BERANG kerana tidak diberikan wang dikatakan punca lelaki membakar rumahnya sehingga menyebabkan lebih...

IWK Mohon Maaf, Tersalah...

KHILAF... Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. memohon maaf susulan kecuaian syarikat itu baru-baru...

Bianco Mimosa Perkenal Koleksi Pakaian Untuk Lelaki

JENAMA fesyen terkenal Bianco Mimosa (BM) tampil memperkenalkan rangkaian pakaian lelaki untuk memberikan lebih banyak koleksi pilihan kepada para peminat.

Pengarah Urusannya, Datuk Ida Suraya Mustapha berkata, label jenama Mimosa Men mewujudkan pilihan buat lelaki yang mementingkan penampilan harian yang sesuai dengan citarasa dan gaya hidup mereka.

Ia ditampilkan menerusi rangkaian koleksi busana Ready To Wear Mimosa Men.

Selain Mimosa Men, BM turut memperkenalkan dua lagi rangkaian baharu mereka iaitu Just Mimosa dan Mimosa Raya bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

bianco
Pengarah Urusan Bianco Mimosa, Datuk Ida Suraya Mustapha.

“BM juga turut membawa kehangatan sambutan perayaan Aidilfitri dalam penghasilan busana rayanya di bawah label jenama Mimosa Raya, khas buat golongan lelaki dan wanita yang mencari alternatif lain dalam pilihan busana raya untuk diperagakan ketika menyambut Syawal nanti,” katanya ketika ditemui di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut beliau lagi koleksi baju raya BM juga akan dikeluarkan dalam jumlah yang cukup terhad bagi mengekalkan eksklusiviti kepada para pelanggannya.

bianco2
Datuk Ida dan suaminya, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris yang juga merupakan ikon selebriti Mimosa Men.

“Untuk koleksi Mimosa Raya, kami mengeluarkan dalam jumlah yang cukup terhad, di mana hanya enam hingga 20 helai baju raya dikeluarkan untuk satu-satu rekaan dan corak.


“Konsep baju raya kali ini adalah bercorak dimensi, sesuatu yang berbeza daripada konsep orang lain. Dimensi bermain dengan corak geometri dan berwarni-warni.

“Harga yang kami tawarkan juga mampu milik, iaitu semuanya di bawah RM600, semua orang beli,” katanya.

Antara selebriti yang memeriahkan majlis sidang media itu ialah Ika Nabella, Farawahida, Asfan, Waris dan Indah Ruhaila.

bianco1
Antara barisan artis yang memeriahkan majlis sidang media pengenalan tiga rangkaian baharu Bianco Mimosa.

Majlis memperkenalkan koleksi busana tiga rangkaian baharu BM itu akan diadakan pada 17 Mei ini di sebuah hotel di Damansara dan ia akan dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori