Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nuan Nuan Mungkin Dihantar...

KUALA LUMPUR - Zoo Negara tidak merancang melanjutkan tempoh penyimpanan Nuan Nuan, anak...

Batu Puteh: Bantahan Lantikan...

KUALA LUMPUR - Sebarang bantahan mengenai kedudukan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai...

Jaminan Elaun Sara Hidup...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengulangi jaminan...

Mavcom Mulakan Siasatan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan Ketua...

BN Perak Kenal Pasti Kawasan Tumpuan Jentera PRK Kuala Kangsar

PARIT BUNTAR – Barisan Nasional (BN) Perak akan mengenal pasti kawasan tumpuan untuk jentera parti dan komponennya melakukan gerak kerja pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan depan.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata jentera perlu bekerja keras di kawasan berkenaan bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya itu.

“BN Perak akan bermesyuarat petang ini untuk membincangkan mengenai pelbagai persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Kuala Kangsar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bayaran elaun sara hidup nelayan laut secara tunai 2016 sempena Program Pemukiman Menteri Besar di Daerah Kerian di Dewan Serbaguna Tanjung Piandang sini, hari ini.

Sementara itu, Zambry yang juga Menteri Besar berkata BN negeri masih menunggu nama calon yang layak bertanding pada PRK Kuala Kangsar daripada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya mengenai keyakinan Pergerakan Pemuda BN Perak bahawa lebih 3,000 majoriti undi pada pilihan raya itu, Zambry berkata: “Bagus la, saya mengalu-alukan kenyataan Pemuda itu, jangan hanya buat kenyataan tapi tak buat kerja”.

Menjelas desas desus kemungkinan Parti Amanah Negara (Amanah) akan meletakkan calon pada PRK Kuala Kangsar, Zambry berkata terpulang kepada pembangkang untuk meletak seberapa banyak calon untuk bertanding.


“Dia bergaduh sama dia, dulu satu, (sekarang) jadi dua, tidak mengapa la kalau mereka nak bertanding banyak, lagi baik dan kita pun tak boleh nak menghalang mana-mana parti untuk bertanding,” katanya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, ekoran nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Turut terkorban dalam insiden itu ialah Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun sebagai hari pengundian, manakala penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori