Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Alat Tegangkan Muka Disalah...

Pelik tetapi alat ini dikatakan dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan. Ia adalah satu senaman...

Sultan Muhammad V Berangkat...

KOTA BHARU - Cuaca cerah mengiringi keberangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke...

Bekas Kerani Wanita Bebas...

PUTRAJAYA – Seorang bekas kerani wanita hari ini terlepas hukuman penjara 39...

10 Lelaki Lagi Ditahan...

SUNGAI PETANI - Polis menahan 10 lagi lelaki yang dipercayai terlibat menimbulkan kekecohan...

BN Tak Pandang Mudah PRK Sg. Besar, Kuala Kangsar

KUANTAN – Barisan Nasional (BN) tidak memandang mudah laluan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar walaupun pembangkang kini bertelagah merebut tempat untuk meletakkan calon di kerusi itu.

Menegaskan demikian, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata BN akan menggerakkan jentera parti sebaik-baiknya bagi memastikan kemenangan dan mengekalkan penguasaan parti di dua kerusi berkenaan.

“Jangan fikir kita ini kuat sangat bila rumah tangga orang bermasalah. Tapi kalau dia (pembangkang) tak dapat selesaikan masalah dalaman mereka, dia akan jadi seperti di Sarawak.

“Kita akan berkerja keras memastikan calon kita diterima rakyat. Itu taktik yang digunakan BN sejak dahulu,” katanya selepas menyaksikan Demonstrasi Network Centric Operations (NCO) dan Satelit X-Band Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.

Beliau menegaskan BN juga tidak akan terbawa-bawa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat menolak calon BN pada pilihan raya itu.

“Saya tak boleh paksa sesiapa untuk jangan bercakap. Dia (Dr Mahathir) boleh bercakap apa sahaja, tapi yang penting kita pastikan jentera kita bergerak bagi memastikan calon kita menang.

“Masa dia (Dr Mahathir) PM (perdana menteri) kita dikerahkan untuk pastikan calon BN menang tapi sekarang sudah berubah pula. Bagaimanapun ini tidak menjejaskan persiapan kita untuk menang di kedua-dua PRK,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Dr Mahathir yang berucap pada Majlis Bersama Pemimpin Deklarasi Rakyat, Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati, Selangor menggesa supaya rakyat memenangkan sesiapa sahaja calon yang menentang BN pada PRK itu.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan turut optimis majoriti rakyat kini semakin matang dan tidak emosi dalam menilai kemampuan BN untuk mentadbir dan memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat sentiasa diutamakan.

“Event hari ini juga membuktikan keselamatan rakyat sentiasa diutamakan walaupun dalam keadaan kemerosotan ekonomi yang tidak menentu,” katanya.


PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini, ekoran kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khai-ril Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada PRU-13, Noriah yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi menewaskan calon PAS Mohamed Saalleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi manakala Wan Mohammad Khai-ril memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

Sementera itu, Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun menyambut baik sekiranya pimpinan BN meletakkan calon wanita bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar.

Beliau berkata ini bagi meneruskan legasi penyandangnya Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang telah menjadi Anggota Parlimen di kawasan itu selama tiga penggal sejak 2004.

“Kalau ikutkan (saya) sebagai seorang ahli politik wanita dan seorang Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, memang kami akan sokong (meletakkan calon wanita) kerana itu adalah salah satu perjuangan bukan sahaja untuk kementerian malah dalam kalangan ahli politik wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan laman portal rasmi, pakej tiket dan banting sempena pesta kesenian ‘Blossom Arts Festival’, di Kuala Lumpur hari ini.

Chew bagaimanapun menyerahkan keputusan pemilihan calon yang sesuai kepada pucuk pimpinan BN selain menyatakan MCA sudah bersiap sedia menurunkan jenteranya pada PRK itu.

Mengenai pesta kesenian tersebut, Chew berkata seni dan budaya pelbagai kaum di negara ini bakal diperkenalkan kepada masyarakat menerusi pesta sepanjang Jun itu di Wisma MCA. Pesta anjuran MCA dengan kerjasama Art Expo dan Majlis Perundingan Kebudayaan dan Kesenian Cina Malaysia (MCCACC) itu akan menggabungkan kira-kira 100 kumpulan artis dan organisasi kebudayaan dari dalam dan luar negara bagi mempromosi seni budaya tempatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori