Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

2 Pasangan Suami Isteri...

CHANGLUN - Polis Kedah menahan dua pasangan suami isteri yang sedang menaiki dua...

Lelaki Ditemui Mati Gantung...

LELAKI ditemui mati dengan menggantung diri di biliknya di Kampung Baru, Sundar, di...

Imam Didakwa Tumbuk, Cekik,...

MELAKA - Seorang imam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari...

MB Kelantan Yakin Bajet...

KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan menjangkakan Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri...

Boeing 737 Max Buat Ujian Penerbangan Pertama Perjalanan Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Boeing 737 MAX 8 melakar kejayaan penting selepas menyelesaikan ujian penerbangan tahap tinggi di La Paz, Bolivia.

Ujian itu adalah penerbangan antarabangsa pertama dalam ujian penerbangan 737 MAX.

Ujian ketinggian 13,300 kaki (4,050 meter) di lapangan terbang itu menguji keupayaan MAX semasa pelepasan dan pendaratan pada tahap tinggi, yang boleh memberi kesan ke atas prestasinya secara menyeluruh, kata Boeing dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Boeing Commercial Airplanes yang juga Pengurus Besar program 737, Keith Leverkuhn, berkata enjin dan sistem lain berfungsi dengan baik, seperti yang dijangkakan, di bawah kedudukan yang ekstrim.


Ujian penerbangan pesawat 737 MAX berjalan mengikut jadual dengan tiga ujian sudah menyelesaikan gabungan lebih 100 penerbangan.

Ujian keempat dan terakhir pesawat itu melibatkan penerbangan pertama dalam tempoh beberapa minggu akan datang, dan program itu dijangka dapat melaksanakan penghantaran pertama pada suku ketiga 2017 mengikut jadual. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori