Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 11 Pekerja...

KULAI : Polis telah menahan seramai 11 suspek yang dipercayai terlibat dengan insiden...

PRN: Adenan Cabar Kerajaan...

KUCHING - Isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dibawa pembangkang khasnya DAP...

Kes Saman: Mahkamah Tolak...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak notis rayuan yang difailkan oleh Menteri...

Video Wanita Dirasuk, Muntah...

SEBUAH video memaparkan seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah dan dipercayai sedang dirasuk dalam satu...

Bomba Terengganu Giat Padam Kebakaran Hutan Di Setiu, Dungun

DUNGUN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu masih giat memadamkan kebakaran membabitkan kira-kira empat hektar kawasan hutan gambut dan belukar di Dungun dan Setiu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Rozizah Abni Hajar berkata kebakaran yang dikesan sejak Rabu lalu itu melibatkan hutan Pengkalan Jering, di Dungun dan hutan Bukit Layat, di Setiu.

Katanya, bagi kebakaran di Dungun membabitkan keluasan kira-kira tujuh hektar dan setakat ini masih berbaki 3.5 hektar.

“Sementara itu, bagi kebakaran belukar di Setiu, tiga hektar kawasan hutan musnah dalam kebakaran dan usaha memadamkan kira-kira satu hektar kawasan berkenaan masih giat dijalankan.

“Kita menjangkakan kawasan hutan di Setiu itu dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, bagi Dungun, usaha memadam kebakaran mungkin mengambil masa kira-kira tiga hari, bergantung kepada keadaan cuaca dan punca air.


Sebelum ini, kira-kira 200 hektar kawasan hutan dan belukar di negeri ini musnah akibat kebakaran dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini akibat fenomena El-Nino yang melanda negara.

Sepanjang tempoh berkenaan juga, lebih 900 panggilan kecemasan melibatkan kebakaran hutan dan belukar direkodkan.

Rozizah berkata cuaca panas dan kering menyebabkan sesuatu kawasan seperti ladang, belukar dan hutan mudah terdedah kepada risiko kebakaran.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka termasuk aktiviti pertanian dan membakar sampah sepanjang musim kemarau ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori