Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gajah Ketakutan Dibakar Menang...

GAMBAR dua ekor gajah yang melarikan diri selepas dibakar ekornya, berjaya memenangi pertandingan...

Perhilitan Rampas 13 Ekor...

SEREMBAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menahan...

Pengasas Bersama Alibaba, Jack...

BEIJING - Pengasas bersama Alibaba, Jack Ma akan bersara daripada syarikat gergasi e-dagang...

Polis Tahan Wanita Buang...

JAKARTA - Polis Indonesia semalam menahan seorang wanita yang disyaki ibu kepada seorang...

Bot Nelayan Bawa 12 Orang Hilang Di Perairan Pulau Aur

JOHOR BAHRU – Sebuah bot nelayan membawa 12 warga tempatan termasuk 10 orang kaki pancing yang keluar sejak Selasa lepas (17 Mei) dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Aur, Mersing.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata sebahagian mereka dikenali sebagai Roslan Husin, 34 (tekong); pemancing – Mohd Firdaus Jalil (tidak diketahui umur); Mansor Ibrahim, 63; Syaril Mohamad, 33; Muhamad Arham Salim, 24; Emran Firdaus Mohd Said, 30; Abd Rashid Saian, 44; Mohd Zaini Mohd Dekan, 50; dan Tan Seng Foo, 55.

Tiga lagi belum diketahui identiti.

Kata beliau, laporan kehilangan mereka dibuat oleh isteri Roslan kira-kira 6.30 petang semalam selepas dia gagal menghubungi suaminya yang sepatutnya pulang dua hari lalu iaitu pada Khamis.

“Pengadu membuat laporan polis kerana sedar keadaan laut bergelora dan bimbang akan keselamatan suami serta mereka yang lain,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari Sabtu.

Rahmat berkata setakat ini, lima laporan polis telah dibuat oleh waris pemancing di Balai Polis Kuala Sedili, Kota Tinggi.


Susulan laporan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dilancarkan seawal pukul 7.30 pagi ini.

Rahmat berkata, perairan Pulau Aur hanya dalam jarak kira-kira empat batu nautika dari Pulau Jemaja, Indonesia.

Sementara itu, dalam satu kenyataan di sini, Pegawai Operasi APMM Daerah Maritim 7 Leftenan Maritim Khairol Azwan Kasim berkata pencarian pihaknya kini tertumpu di kawasan Pulau Aur melibatkan sebuah kapal dan bot. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori